Semua petua yg tertera di bawah ini adalah dari pakar motivasi popular Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Beliau menggariskan 99 petua menawan hati suami yang boleh dipraktikkan oleh isteri dan bakal isteri. Petua tersebut ialah :
1. Berdoa agar disayangi. Selain kita berusaha membina keluarga yang bahagia, Sentiasa berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita adalah cara yang terbaik kita lakukan terutamanya selepas solat.
2. Tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain bila dia balik ke rumah.
3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari (jika suami dalam mood yg sesuai). Kalau suami tengah penat atau kelihatan tertekan, janganlah pula kita sebagai isteri menambahkan lagi stress mereka dengan bertanya soalan-soalan yang menjengkelkan.
4. Berlatih mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
5. Jangan tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting adalah simpati.
6. Beri suami masa berkualiti sekurang-kuranya 30 minit.
7. Tanya ibu mentua,abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau semasa memujuk.
8. Masak makanan kegemaran suami.
9. Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut, wajah, pakaian dan sebagainya. Janganlah dikutuk suami sebab perut dah boroi ke, rambut tak kemas ke , nanti kecil hati si suami.
10. Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati.
11. Minta bantuan sesuai pada masa,tempat dan jenis kerjanya.
12. Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama bila bersiap.
13. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat,ucapkan terima kasih kerana memberitahu.
14. Bila suami meminta bantuan,buatlah dengan serta-merta dengan ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.
15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik 2 kali sehari. Contohnya, I love you, suamiku, ibu sayang ayah sangat-sangat dan macam-macam lagi.
16. Jika marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk,beritahu suami apa yg menganggu fikiran secara sopan.Jangan salahkan suami.
17. Bila suami bercakap,beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan.
18. Bila memesan barang kepada suami yang ke kedai,senaraikan di atas kertas. Jangan biarkan suami ke kedai dua tiga kali.
19. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
20. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.
21. Telefon suami di tempat kerja hanya bila penting.Telefon dengan kerap jika suami suka.
22. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia pulang.
23. Jangan ganggu suami semasa asyik melakukan sesuatu.
24. Bila suami marah,jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar setelah dia tenang.
25. Bila meminta bantuan suami: Terangkan kepada suami mengenai kerja rumah yang memerlukan bantuannya. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan suka mengarah. Gunakan perkataan yg sesuai dan lemah- lembut.
26. Pesan suami menelefon rumah jika bertugas luar. Jangan pula melenting jika dia tidak berbuat demikian. Beritahu dia yang anda cuma risau.
27. Sentiasa kemas,anggun dan wangi sebelum tidur bersama. Janganlah si isteri agak comot di rumah, rambut tak terurus dan memakai pakaian lusuh atau yang tak menyelerakan. Hehe
28. Sokong pendapat suami walaupun pendapatnya berbeza dengan org lain.
29. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan selagi tidak dipinta suami. Jangan berleter bila suami tersalah jalan. Bersangka baik apabila tersesat jalan.
30. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa impian seksual.
31. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.
32. Jangan menukar-nukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.
33. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendaknya. Segala bantahan dilakukan semasa berdua-duaan.
34. Bila berpegang tangan,peganglah bagaimana disukainya.
35. Buatkan minuman suami tanpa diminta atau bertanya.
36. Beri suami peluang memilih tempat makan bila makan diluar.
37. Cepat bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai.
38. Tanya suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai apabila disisinya.
39. Lebihkan suami daripada anak-anak. Kadang-kadang, si isteri dah terlupa suami bila dah bersama anak-anak sehingga kebajikan dan hal suami pun tak terurus dengan alasan sibuk melayan anak-anak. Si isteri kena pandai membahagikan masa untuk anak-anak dan suami.
40. Belikan suami hadiah-hadiah yg berguna seperti tali pinggang, kasut, cermin mata hitam, dan sebagainya.
41. Tolong suami mencuci kereta, potong rambut dan sebagainya.
42. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa.
43. Pergi dating atau berbulan madu.
44. Jika suami melakukan kesilapan, jangan tempelak atau pulangkan paku buah keras.
45. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.
46. Selalu urut suami. Kalau boleh, si isteri perlu belajar cara melakukan urutan-urutan yang berkesan dan selesa untuk suami. Mesti suami lebih kagum dan rasa nak bersama dengan isteri je.
47. Tunjukkan keprihatinan terhadap perasaan suami.
48. Suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab bila dia terasa diperlukan isteri.Isteri perlu mempamerkan bahawa dia benar-benar memerlukan suaminya.
49. Layan suami seperti semasa berkawan dulu.
50. Beri peluang suami memperbaiki barang rosak di rumah walaupun kita tahu dia tidak mahir.
51. Menghias tempat tidur macam tempat tidur pengantin.
52. Ceritakan mengenai kerenah lucu anak-anak kepadanya.
53. Bacakan berita yang menarik perhatian suami atau buat keratan berita kesukaannya daripada suratkhabar atau majalah.
54. Tolong temankan suami bila dia melakukan kerja bersendirian waktu malam.
55. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat biasa.
56. Tolong bawakan barang-barang walaupun suami mampu membawanya semua.
57. Cuba masak masakan paling sedap untuk suami setiap masa. Jangan paksa suami komen jika dia hanya berdiam diri.
58. Bila berbual,bercakap atau berbincang: Gunakan hubungan mata. Gunakan gerak rasa hati. Pegang erat tangannya. Duduk rapat-rapat. Baring bersama dan bernafas serentak. Ajak atau biar suami berbaring atas paha jika dia mahu.
59. Jangan dera suami fizikal dan batin.
60. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan suami,orang yang ditemui dan sebagainya.
61. Beri tindak balas positif jika suami bercerita. Janganlah kita buat layan, tak layan. Kesian si suami.
62. Jika suami kurang sihat, beri perhatian sewajarnya.
63. Masuk tidur serentak dengan suami. Jika kita ingin tidur dulu,minta kebenaran suami.
64. Salam,peluk,cium dan belai suami sebelum pergi kerja.
65. Ketawa bila suami berlawak atau bercerita kisah lucu.
66. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat suami.
67. Cari masa untuk berdua-duaan.
68. Lakukan riadah bersama suami.
69. Pergi berkelah sekali-sekala.
70. Doakan suami agar bahagia dunia akhirat (dalam pengetahuannya atau tidak).
71. Ajak suami berjalan-jalan tanpa anak-anak.
72. Berikan apa yang dihajati suami.
73. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
74. Buat kuih kegemaran suami sekali-sekala.
75. Lakukan ibadah bersama. Terbaik suami menjadi imam ketika solat.
76. Jangan menghukum suami jika dia mengecewakan isteri tanpa sengaja.
77. Maafkan suami jika dia terlupa melakukan sesuatu untuk isteri.
78. Segera minta maaf jika kita melukakan hati suami.
79. Cuba fahami suami jika dia membangkang atau enggan membantu isteri.
80. Bila suami meminta maaf,terima dengan kasih sayang. Jangan jual mahal.Ingat kebanyakkan suami sukar meminta maaf daripada isteri.
81. Tunjukkan keseronokan bila berjimak dengan suami.
82. Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari barang yang dia lupa di mana letaknya.
83. Nyatakan dengan lemah lembut kepada suami jika kita tidak menyukai pilihan baju,tempat makan,lauk pauk,tempat bercuti dan sebagainya.
84. Berkongsi perasaan negatif dengan suami secara terbuka tanpa menyalahkannya.
85. Jangan menyuruh suami melakukan sesuatu yg sememangnya ingin dilakukannya.Ini akan menyebabkan suami tawar hati.
86. Elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu terlalu panjang.Suami sering melenting bila isteri bersyarah panjang. Penjelasan panjang lebar menunjukkan seolah-olah isteri tidak mempercayai suami.
87. Elakkan daripada membuat suami berasa tidak mampu, tidak layak atau tidak berkebolehan.
88. Kebanyakkan suami rasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru itu jgn berkecil hati jika suami kurang melayani anda bercakap.Kebanyakkan suami memang kurang bercakap dgn isteri.
89. Jangan cabar suami.
90. Bila berselisih faham,berkrisis atau bertengkar dgn suami, fokus pada masalah semasa dan jangan ungkit perkara lalu.
81. Tunjukkan keseronokan bila berjimak dengan suami.
82. Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari barang yang dia lupa di mana letaknya.
83. Nyatakan dengan lemah lembut kepada suami jika kita tidak menyukai pilihan baju,tempat makan,lauk pauk,tempat bercuti dan sebagainya.
84. Berkongsi perasaan negatif dengan suami secara terbuka tanpa menyalahkannya.
85. Jangan menyuruh suami melakukan sesuatu yg sememangnya ingin dilakukannya.Ini akan menyebabkan suami tawar hati.
86. Elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu terlalu panjang.Suami sering melenting bila isteri bersyarah panjang. Penjelasan panjang lebar menunjukkan seolah-olah isteri tidak mempercayai suami.
87. Elakkan daripada membuat suami berasa tidak mampu, tidak layak atau tidak berkebolehan.
88. Kebanyakkan suami rasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru itu jgn berkecil hati jika suami kurang melayani anda bercakap.Kebanyakkan suami memang kurang bercakap dgn isteri.
89. Jangan cabar suami.
90. Bila berselisih faham,berkrisis atau bertengkar dgn suami, fokus pada masalah semasa dan jangan ungkit perkara lalu.
91. Jangan suka mengenang rekod lama suami dan melabelnya berdasarkan rekod tersebut.
92. Jangan ingkar mengenai apa yang telah dipersetujui. Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak mengikut apa yg dipersetujui.
93. Banyak suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri.Oleh itu isteri perlu ‘membaca’ perlakuan suami yg menunjukkan kasih sayangnya kepada isteri.Jangan paksa suami menyatakan perasaan sayang,rindu atau cinta kepada isteri.Hanya ‘suami bermasalah’ sahaja tidak sayangkan isteri.
94. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami.Fahami hakikat kebanyakkan suami menghadapi kesukaran memahami isteri.
95. Cemburu tanda sayang.Namun jangan terlalu cemburu terhadap suami kerana dia akan merasa rimas dan serba salah.
96. Untuk merangsang suami mempamerkan kasih sayang, puji setiap kali dia menunjukkan kasih sayangnya.
97. Elakkan memberi nasihat jika tidak diminta.Isteri meminta nasihat untuk bermanja tetapi bila suami meminta nasihat dia beranggapan itu satu kelemahan.
98. Apabila suami berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati,adalah lebih baik mencari kepastian daripada membuat kesimpulan sendiri yg mungkin salah.
99. Doa dan tawakal kepada ALLAH semoga hidup kita suami bahagia dunia akhirat.
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil itu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari mak anda.
4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandaar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, uruskan anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, berithu isteri dulu. Kalau boleh sehari dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
8. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan taugeh.
9. Jangan sekali kali menyakat isteri tentang saiz badannya yg semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali kali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami degil tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dan guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah kencing atau berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yg buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak yg buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yg keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yg dituntut agama. Ingat, seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk neraka. Tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yg isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dgn isteri, isteri balas sepuluh kali.
23. Jangan buat dunno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu mintak maaf, minta maaf. Kalau perlu dipujuk, pujuklah. Hati org perempuan ni sensitif. Kalau rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris hiris. Perkara yg dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser pada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan org perempuan ni enteng saja.
Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini. Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Dapatkan maklumat lanjut di bawah.
Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.
Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.
Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.
1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
4. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
5. Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
6. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).
7. Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).
8. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
9. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
10. Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.
Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.
Beberapa langkah mudah untuk meningkatkan bekalan susu ibu.
Sebagai ibu yang baru menimang cahaya mata, anda semestinya menginginkan yang terbaik untuk si manja anda. Anda merasa bangga bila si manja mula menyusu dan menerima pemberian anda yang tidak terhingga nilai itu. Tetapi, apa yang akan berlaku jika anda tidak berupaya untuk menghasilkan susu yang secukupnya untuk si manja?
1. “Mengapa susu saya tidak mencukupi?”
Untuk menghasilkan susu ibu yang secukupnya, anda perlu bermula awal dengan menyusu bayi anda dalam jam pertama kehidupannya. Penyusuan pertama bukan sahaja akan memastikan bayi anda stabil dan selesa, ia juga memulakan penghasilan susu dan membina rutin penyusuan dan penghisapan. Apabila anda menyusu bayi anda, sensasi di payudara akan menghantar isyarat ke otak untuk melepaskan dua jenis hormon – prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merangsang payudara untuk menghasilkan susu manakala oksitosin merangsang pengaliran susu. Maka, untuk menghasilkan lebih susu, lebih hormon penyusuan diperlukan. Dengan menyusu anak anda dengan lebih kerap, lebih hormon penyusuan akan dihasilkan.
2. “Tolong! Aliran susu saya semakin berkurangan!”
Untuk menjamin aliran susu anda sentiasa mencukupi, anda perlulah menyusukan anak anda secara kerap dan betul. Bermulalah dengan menyusukan anak anda setiap dua jam sebaik sahaja anda dihantar ke wad selepas bersalin. Setelah anda mula bekerja semula, anda dinasihatkan untuk menyambung amalan menyusukan anak anda. Jika perlu, perah susu anda di tempat kerja. Pemberian makanan tambahan seperti susu formula, air atau makanan dan minuman pada 6 bulan pertama kehidupan dan penggunaan puting akan mengurangkan penghisapan susu oleh anak anda, lalu mengganggu penghasilan susu anda.
3. “Bagaimana akan saya tahu jika saya menghasilkan susu ibu yang secukupnya?”
Anak anda mendapat susu yang cukup jika dia berasa berpuas hati selama kira-kira satu jam selepas penyusuan. Selain itu, berat badan anak anda juga akan meningkat sebanyak 20 gram sehari selepas minggu pertama hidupnya jika diberikan susu ibu yang secukupnya. Satu lagi cara untuk mengetahui jika anda menghasilkan susu yang cukup untuk anak anda adalah dengan memeriksa sisa buangannya. Anak anda akan membuang air kecil sebanyak 5 atau 6 kali sehari dan membuang air besar kira-kira 3 hingga 8 kali sehari pada bulan pertama hidupnya.
Oleh Dr Koe Swee Lee, Pakar Pediatrik & Laktas
Berikut ini adalah ciri-cirinya :
1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.
2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.
3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).
4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.
5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).
6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)
7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.
8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.
9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.
10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.
11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.
Ya ALLAH... Bimbinglah kami agar menjadi isteri yang demikian.
Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami... Yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu.
Aamin Ya Rabbal Alamin
Tidak dinafikan ada kalanya ibu yang menyusukan bayi mengalami kesukaran kuantiti susu yang dihasilkan semakin menurun. Jangan risau!
Kata orang pemakanan memainkan peranan penting dalam menghasilkan susu yang berkualiti. Justeru, jagalah pemakanan agar susu yang dihasilkan mempunyai khasiat yang baik untuk bayi dan turut menyumbang penambahan susu badan yang dihasilkan.
Lobak putih
Sangat sesuai dibuat sup yang dimasak bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dijadikan jus untuk diminum.
Lobak merah
Boleh dijadikan bahan asas hidangan salad mahupun dicampurkan bersama sayur-sayuran lain menjadi menu sayur campur.
Sawi
Sedap dijadikan sayur tumis bersama beberapa jenis sayur-sayuran lain.
Kucai
Sering kali menjadi bahan yang dimasak bersama mihun, cucur udang dan lain-lain. Boleh juga ditumis bersama tauge dan tauhu menjadi menu sayur.
Pucuk manis
Lazat dimasak sebagai gulai lemak atau tumis air.
Pegaga
Lazimnya, ia dijadikan ulam dimakan bersama sambal belacan dan sebagainya.
Peria
Boleh dicelur menjadi ulam atau dimasak bersama bahan-bahan mentah lain.
Jantung pisang
Boleh dijadikan sama ada secara celur, kerabu atau masak lemak.
Oren
Enak dimakan begitu saha atau dijadikan jus segar.
Khasiat susu ibu sudah diketahui sangat baik untuk bayi dan ibu. Meningkatkan imunisasi bayi sejak kecil, membantu perkembangan tubuh dan berat anak serta mengekalkan berat badan ideal ibu antara kelebihan yang diakui ramai.
Sebuah kajian yang dilakukan di Okyama University Graduate School of Medicine di Jepun, menyatakan bahawa menyusukan bayi mengurangkan risiko anak mengalami obesiti pada usia lapan tahun sehingga 50 peratus.
Sekiranya bayi disusukan secara eksklusif selama enam bulan, risiko kegemukan berkurangan lagi 15 peratus, dibandingkan dengan bayi yang minum susu formula.
Menyusukan bayi mempunyai kaitan erat dengan berat badan untuk jangka masa panjang. Ia membantu membentuk pola makan sihat di kalangan kanak-kanak. Pemberian susu formula dalam jangka panjang akan meningkatkan produksi sel lemak yang meningkatkan kenaikan berat badan.