Showing posts with label Beauty & Other Tips. Show all posts
Showing posts with label Beauty & Other Tips. Show all posts

Tuesday, 17 December 2013

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

As salam and Hello.



Hye Beauties. Jom amalkan Petua Awet Muda ne bagi Kaum Muslimin sekalian! :)

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.


Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.


Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Saturday, 24 August 2013

Foundation vs BB Cream vs CC Cream


Ok hari ne I na update sal Foundation vs BB Cream vs CC Cream .
Korang bole nampak ta apa perbezaannya dari ketiga-tiga gambar ne ?
jelas kan jelas kan ..
kalau ta jelas jugak meh sini baca sampai habis apa yang aku na sampaikan .



Secara asasnya foundation atau bedak asas merupakan krim yang dipakai untuk menyeragamkan kompleksi warna kulit sebelum mengenakan solekan dan bedak padat serta adakalanya digunakan untuk menggelapkan atau mencerahkan warna kulit asal wajah. Antara fungsi foundation :
  • Untuk menutupi kekurangan kulit wajah korang yang ta bermaya tu dan mempunyai banyak jerawat cam aku dam membuat kulit nampak lebih menonjol. Kebiasaannya pak-pak andam dan mak-mak andam lr yang selalu menggunakan foundation sebelum menyolekkan para pengantin pada hari bersejarah dorang tu. Tapi ada je orang biasa yang gunakan foundation. Ta kisah lr kan mana-mana pon bole gak. Ta salah pon di sisi undang-undang. =)
  • Untuk menyamarkan noda serta lingkaran hitam di daerah mata segala menutup segala cela di wajah. Yang pentingnya foundation ne menawarkan korang full coverage lr jangan risau
  • Foundation yang berlainan warna bole digunakan juga sebagai shading (warna gelap) dan highlight (warna terang) pada beberapa bahagian wajah. Ini menjadikan wajah korang lebih sempurna dan menonjol.


BB (Blemish Calm) Cream sangat popular di Asia dan banyak dipakai oleh artis Korea. Di sebut ‘krim ajaib’ kerana kemampuannya untuk memperbaiki kulit dan membuat make up menjadi lebih mudah. Perbezaan antara BB Cream dengan produk kosmetik lain BB Cream adalah kosmetik sekaligus dapat merawat kulit. Produk foundation lain umumnya tidak merawat kulit, BB Cream melakukan keajaiban dengan memperbaiki kulit.

Kebaikan BB CREAM dalam sekali pakai
Menutup jerawat, pori-pori, noda-noda, garis halus dan warna yang tidak sekata TANPA menyumbat pori-pori dan merosak kulit wajah. Pastinya, BB Cream menjadikan kondisi kulit lebih baik dan menjadikannya lebih sihat. 


Kebaikan BB CREAM dalam 1 bulan
Kulit terasa lebih halus dan lebih sihat serta bercahaya di mana setiap kali kita menggunakannya BB cream bekerja sebagai lapisan yang melindungi serta berfungsi sebagai oil control dan juga memberikan moisturizer (pelembab) sehingga kulit menjadi sangat sihat. 


Selain itu, BB Cream memiliki fungsi untuk melawan sinar Ultra Violet dan pencemaran udara yang merosakkan lingkungan sehingga menjadikan kulit tetap sihat. Kandungan dalam BB Cream yang alami seperti Hazel, Aloe dan Caviar extract membantu regenerasi kulit dan mengecilkan pori-pori di mana dalam satu bulan kita akan merasa kulit semakin lembut dan menjadikan kulit kelihatan memukau.







CC (colour corrector) Cream bermaksud "pembetulan warna" atau "kawalan warna,". CC Cream ne actually sama jeq dengan krim BB di mana kedua-duanya menyediakan perlindungan dari sinaran cahaya matahari dan manfaat penjagaan kulit semua dalam satu tiub tetapi ia kononnya lebih ringan dan disertakan dengan ciri-ciri yang lebih mencantikkan kulit.

"Krim CC adalah lebih ringan dalam tekstur dan rasa daripada krim BB," jelas YouBeauty kosmetik kimia pakar, Ni'Kita Wilson. "Mereka memberi tumpuan lebih kepada meningkatkan tona kulit (pembetulan warna itu), tetapi mereka juga kononnya lebih memupuk dan sesuai untuk jenis kulit yang berminyak. Terima kasih kepada tekstur yang ringan."


CC cream juga sebenarnya memang lebih kurang sama dengan BB cream, tetapi ada satu keistimewaan lagi yang ditawarkan di dalamnya.  CC cream ini adalah produk yang menawarkan fungsi yakni sebagai make up dasar, melindungi kulit dengan SPF yang tinggi (mostly SPF 30+), melembapkan, mengontrol minyak, sekaligus mencerahkan kulit. CC cream juga menyamarkan bintik hitam, bekas jerawat, dan menghilangkannya selamanya, ye ye ye SELAMANYA! =) so CC Cream ini akan memberikan efek yang lebih baik untuk kulit pemakainya, jadi bukan cuma cantik sesaat pada saat bermake up tapi cantik seterusnya sebab kulit kita juga dirawat. 


Ok guys thanks for reading :)


Tuesday, 20 August 2013

Bedak Sejuk




Ok kali ne aku na curi masa sket na membebel sal bedak sejuk ngan korang. Umum tau kan yang bedak sejuk ne memang bagus. Dah memang orang guna dari zaman tok nenek moyang lagi kan. (cehh overr kauu)
Sebab asas bedak sejuk ne pon dari beras so tade lr keraguannya di situ kepada orang yang memang ta pernah pon guna bedak sejuk.

Antara kelebihan bedak sejuk ne ialah ;

  • Dapat melicinkan kulit muka uolls : Tengok lr kan orang-orang zaman dulu tu mana lr guna makeup mahal-mahal cam kita sekarang cantik jeq pon kulit muka dorang. haa ini lr rahsianya bedak sejuk yang diformulasikan daripada beras.
  • Minyak pada muka akan berkurangan dan muka menjadi segar dan tegang : Penggunaan bedak sejuk ne juga dapat mengurangkan minyak yang berlebihan. In sya Allah dengan penggunaan secara istiqamah jerawat akan mulai berkurangan. Antara malas dengan tidak jeq kan.. hehhe Kalau na tegangkan muka campur dengan perahan limau nipis. Pedih 0o tapi hasilnya ? berbaloi baloi ..
  • Dapat menyejukkan kulit muka : Alahaii nama pon bedak sejuk opkos lr bole menyejukkan muka kita yee dakk .. hehhehe

nee bukan aku eyh.
heehhehe
pics credit to google

Cara menggunakan bedak sejuk ;
  • Ambil 4-5 ketul bedak sejuk kemudian tambah dengan air sedikit. Bedak sejuk tu jangan terlalu cair sangat. Agak-agak lr asal bole tempek kat muka tu. Guna sebelum tido. Lepas 30 minit camtu korang bole lr bilas muka korang sebersih-bersihnya k .
Selamat Try weyh ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...