Thursday 29 August 2013

Happy Annivesary Sayang


Ok nampak sedapp kan kek ne ? Trulyy memang sedappp kowt. huhuhu. Ta sangka dia belikan kek untuk sambutan annivesary ne. Tsssk terharu kowt. T.T
Kek blueberry ne aku makan 3 potong jeq dia makan sket yang laen aku bedal bawak blek hostel bagi kenkawan rasa kasih sayang dia kat aku. ececehhh ayatttt macam na rasa penampauuu jeq khonnn ..
hehhehehe


Happy 1st Annivesary sayang.
Alhamdulilahh pejam celik pejam celik ta sangka kan kita da officially setahun kan sayang.
Ta sangka sangattt.
Ta sangka u bole tahan dengan perangai gila I ne.
(ececehhh kw da kenapa berI u I u bagai ne)
0k mahap terfeeling japp..
hehehheheh 

Actually awal-awal pagi lagi aku da bangun da berkejar-kejar na g jumpa sayang aku ne untuk sambut annivesary kami ne konon. Pagi tu ta pagi lr jugak lam jam 9:30 gitu. Gila nyahh aku ne bermake-up bagai haprak jugak lr segala macam jenis alatan make-up aku keluarkan konon menghadap cermin pepagi tu. Almaklumlah na nampak cantik konon. Puii padahal ta lr cantik pon kan.. T.T


Muka menyampah ketinggalan train lr ne konon. Padahal lagi satu anak tangga lagi aku na turun train tu da tutup pintu then terpaksa lr aku tunggu train yang seterusnya. huhuhu. Camwhore guna camera. Sebenarnya korang aku ta pandai pon selfcapture guna camera k. Aku lebih suka guna fon yang ada camera depan. Senang aku na tukar ataupon setting gaya sebelum amek gambar tu. Abes tu na buat cmne terima jeq lr kan itu jeq yang hade. T.T

Sebagai tanda peringatan konon aku just belikan dy keychain jam yang aku merasakan unik dan ada nilai ke-vintage-an di situ. hehehhe Tape lr kan biar benda yang kita bagi tu murah asalkan ada nilai kasih sayang. Uishhhh ayattt ta bole blahhh naa .. :p


Aku sangkutkan keychain ne dekat kunci rumah dia sebab aku tw dia takan lr plak kan na tinggalkan kunci rumah dia and now so do the keychain :)
amacammm pandai ta pandai ta ?
0ne more  things, jam keychain tu aku sengaja cepatkan 20 minit so laenkale whenever he want to see me he will never late .. 
H0pee s0 :')


Ok ne antara koleksi yang sempat aku kumpulkan sepanjang kami together-getherr ..
hehehhehe
Patung strawberry ngan bantal strawberry tu dia belikan time kami sama-sama g Cameron Highlands.
2 botol minyak wangi tu dia punya sebab nanti bila aku cuci sweater tu aku bole bubuh minyak wangi tu kat sweater tu blek bia ada bau dia. :)
Jersey kuning tu plak dia punya gak. Tapi aku ta selalu guna pon sebab size baju tu besar kowt size L. Cam baju tido aku jeq bila aku guna. (Poyo jeq cakap bajet cam dia kecikk sangattt khonnn :p)
Tiket-tiket wayang tu da merata tempat gak lr kami pegi. Ada kat Alamanda, One utama pastu aku ta hengatt dah.
Key yang warna oren tu plak aku sellu buat lap hingus aku bila aku kena serang selsema. Hahahahah. Brutal ta aku. Kalau lr dy dapat tw mamp0s aku. :p 
Ada satu lagi laptop dia kasi aku. Tapi aku malas na kasi tunjukk. Da capukk dah. :p esehhhmennn capukk2 pon dia da banyak berjasa kat aku k. Tu pon bekas dia guna dulu 6 tahun lepas.. Homaigoddd !! 6 taun lepass ??! Yupp aku ta tipu.. Jujur aku katakan dia memang jenis pandai jaga barang.. Wa tabikkkkkkkk springgg sama lu sayang :))
Meh sini I kiss setepekkk ! Muahhhhhhh !
Memang I lap U lr sayang.
Semoga kita berkekalan sampa ke akhirnya :)
  




Tips Untuk Membahagiakan Suami dan juga Isteri

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT SUAMI GEMBIRA :

1. Jaga makan minum dia
2. Tidur dengan dia
3. Biarkan dia dengan ketenangan
4. Sentiasa menyokong dan memberinya semangat
5. Jangan mengganggu dia dengan pergerakannya

Jadi APA YG SUSAH sangat tentang itu?
Senang bukan ??

BAGAIMANA PULA CARA UNTUK MEMBUAT WANITA dan ISTERI GEMBIRA :

Ia benar-benar tidak terlalu sukar tetapi .... Untuk membuat wanita bahagia, seorang lelaki hanya perlu jadi :

1. rakan
2. teman
3. kekasih
4. saudara
5. bapa
6. pendengar
7. tukang masak
8. juruelektrik
9. tukang paip
10. mekanik
11. seorang tukang kayu
12. penghias
13. stylist
14. sexologist
15. pakar sakit puan
16. ahli psikologi
17. pembasmi perosak
18. psikiatri
19. penyembuh
20. pendengar yang baik
21. penganjur
22. bapa yang baik
23. sangat bersih
24. bersimpati
25. atlet
26. hot
27. prihatin
28. gagah
29. pintar
30. lucu
31. kreatif
32. setia
33. kuat
34. memahami
35. toleransi
36. berhemat
37. bercita-cita tinggi
38. berkemampuan
39. berani
40. pandai buat keputusan
41. tidak berbohong
42. boleh dipercayai
43. bersemangat

TANPA lupa untuk:

44. kerap memberi pujian kepadanya
45. pergi membeli-belah dengan dia
46. jujur
47. menjadi sangat kaya
48. tidak memberi tekanan padanya
49. tidak melihat perempuan lain

DAN PADA MASA YANG SAMA, ANDA MESTI JUGA:

50. memberikan banyak perhatian kepada dia

51. memberikan banyak masa kepada dia, terutama masa untuk dirinya

52. memberi beliau banyak ruang, tidak pernah bimbang tentang di mana dia pergi. Namun yang paling penting

INI SANGAT PENTING

53. tidak pernah lupa..

* TARIKH HARI LAHIR *
* TARIKH ULANG TAHUN PERKAHWINAN *
* mesti alim dan ....
* dan tolong Buang Sampah...
* dan Bayar cukai jalan
* dan bawa melancong
* dan ...jgn LEBIH Tidur....
* dan makan sampai habis Masakan dia..
* dan bila nak Tidur Bila cakap I LOVE YOU,,
* dan berhenti membaca akhbar
* dan memberi perhatian apabila dia bercerita...
* dan perlu menjadi spiderman atau superman pada masa-masa untuk menyelamatkannya .... !




Wednesday 28 August 2013

Notebooks and Cute Postcard with Adorable Picture


Tadaaa ..
nice taa ?
heheheeh

Aku tatw plak kenapa aku da mula minat kumpul notebooks da postcards nee ..
heheheheh
why fa? why fa? why and why ?
becauseee ..
I love to do so lr ..

ok krikk.. krikk .. krikkk ..
Sebenarnya aku suka sebab aku da jatuh cinta dengan koleksi gambar-gambarnya.
heheehhe

Sweett sangattt ..
Koleksi ne sebenarnya dari Photopoetry Malaysia Azalia Suhaimi.
Sape peminat tegar lensa tu mesti tw kowt..
Sme gambar dalam koleksi dy ne cantik-cantik k.
nak-nak gambar pantai..
Sejuk sangatt mata tengok..
Tenang je rasanya.

Meh sini aku sajikan korang ngan koleksi notebooks ngan postcards yang aku beli dari sys Azalia ne =) 

Yang ne bersaiz A5 Stapled Notebooks (Blank, 64 pages) berharga RM8. 


Yang ne pulak B6 Stapled Notebook (Blank, 48 pages) berharga RM7.


Last but not least in my collection ne A6 Stapled Notebook (Blank, 48 pages) berharga RM6 sahaja.


Postcards ne bole lr jugakkan korang bagi kawan-kawan korang mana tw rindukan..
hehehheheeh




Ok untuk yang postcards ne plak :
  • 1 = RM2
  • 3 = RM5
  • 10 = RM15




Designed with lots of love by Azalia Suhaimi <3
Yang ne muka belakang postcards tu. Simple but nice giler kan. hihiih. Agaknya sapa peminat koleksi buku nota yang kiut-kiut ataupun pengumpul tegar postcards tu meh pakat ramai-ramai g singgah beli kat sys Azalia Suhaimi ne. Ta rugi keyh :)

Thanks guys sudi baca =)


Monday 26 August 2013

6 Golongan Wanita Yang Kurang Layak Di Jadikan Seorang Isteri

Silahkan luangkan waktu sejenak untuk membacanya

1). Al -Anaanah
Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yg diberi semua tak cukup. diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi mobil tak cukup, dll. Selalu ingin memenuhi kehendak nafsu sendiri, tanpa memperhatikan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. apa yg suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2). Al-Manaanah
Suka mengungkit. Kalau suami melakukan hal yg dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. sangat senang membicarakan suami: tak ingat budi, tak bertanggung jawab, tak sayang, dll. Padahal suami sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

3). Al -Hunaana
Ingin pada suami yg lain atau berkenan kepada lelaki yg lain. sangat suka
membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak ridha dengan suami yangada. (Naudzubillah)

4). Al- Hudaaqah
Suka memaksa. Bila ingin sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman: ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami, dll. Suami dibuat seperti budaknya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5). Al-Hulaaqa
Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai dll hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti shalat berjamaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak, dll.

6). As-Salaaqah
Banyak berbicara, menggosip. Siang malam, pagi petang asik menggosip terus. Apa saja yg suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya.

Zaman sekarang bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telfon, SMS, internet (facebook), BBM dan macam-macam cara yang lain.

Kesimpulan:
Isteri lebih asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan, istri lebih asik dengan dirinya sendiri.
Demikianlah yang harus kita perhatikan dari 6 golongan wanita yang kurang layak dijadikan Istri.

Semoga bermanfaat saudaraku untuk kaum adam maupun kaum hawa semoga bisa dijadikan catatan permanent dalam hati kita. 

Sunday 25 August 2013

Kenapa rahim ibu adalah tempat yang paling selamat dan ajaib?

1- Allah sendiri yang berfirman dalam Surah al-Mu’minun, “Dan sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia daripada satu sari pati dari tanah. Kemudian kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) di tempat yang kukuh (rahim)”.

2- Pernah tengok bayi lahir tak cukup bulan? Biasanya, bayi lahir pramatang kena duduk dalam inkubator untuk satu jangkamasa tertentu. Kenapa inkubator? Sebab, inkubator direka fungsinya sebagai pengganti rahim ibu. Mestilah inkubator ni dipasang macam-macam teknologi perubatan demi kelangsungan bayi tadi, tapi bayi ini masih lagi ada risiko terkena jangkitan.

3- “Bilik” paling kebal dari sebarang ancaman. Macam-macam ancaman. Bunyi bising, asap kenderaan, asap rokok bapak dia, pelbagai siri gegaran.

4- Kedudukan rahim. Duduknya rahim adalah dalam ruang pelvis (ruangan antara tulang pinggul dan paha). Kedudukan istimewa ni sangatlah sesuai untuk perkembangan awal janin. Fuh, hebat!

5- Suspensi yang baik. Urat-urat kenyal yang menjadi jambatan penghubung antara tulang pelvis akan menebal dan memanjang. Inilah datangnya sistem kestabilan terbaik untuk menahan sebarang gegaran dan asakan!

6- Otot-otot rahim yang kuat. Otot endometrium ni memang otot-otot yang kuat sehinggalah membolehkan kontraksi (sakit nak bersalin) berlaku semasa proses kelahiran.

7- Rahim mampu membesar 20 kali ganda saiz asal dan menampung 1000 kali ganda kapasiti asal! Tak hairanlah, ada yang mampu lahirkan kembar 7!

8- Sistem pertahanan. Biasanya, kalau badan kita dimasuki objek asing, secara automatik sistem imun kita akan menyerang dan membunuh objek asing tadi. Tapi tidak dalam kes bayi dalam kandungan rahim ibu. Secara logiknya, hampir 50% genetik bayi adalah daripada si bapa (bukan makhluk asing). Jadi, sepatutnya bayi tadi ditolak oleh sistem imun ibunya, tapi ini tak berlaku! Menarikkan?

9- Janin bebas jangkitan. Contohnya, kalau si ibu positif HIV, janin dalam rahimnya adalah selamat daripada jangkitan HIV! Jangkitan hanya berlaku jika berlaku percampuran darah semasa proses kelahiran. Subhanallah!





13 Cara Untuk Suami Melayan Isteri dan Cara Rasulullah SAW

1. Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”

2. Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri(selain masalah lain)

3. Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

4. Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.

5. Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

6. Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.

7. Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

8. Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.

9. Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.

10. Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.

11. Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.

12. Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.

13. Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan.





Contohi Rasullullah

Renungan bersama.. jangan setakat renung je.. praktikkan juga ye.. 

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali kerumah sesudah selesai sembahyang.’

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.





Panduan Sendawakan Bayi..

Secara umumnya, penyusuan bayi mengikut permintaannya apabila dia kelaparan. Bayi mungkin menunjukkan reaksi menangis, memasukkan jari dalam mulut atau membuat bising. Bayi baru lahir memerlukan tempoh dua jam sekali untuk menyusu.

Jika dia menyusu badan, bayi memerlukan 10 hingga 15 minit setiap kali penyusuan. Jika susu formula, bayi menyusu lebih kurang 60 hingga 90 mililiter setiap kali penyusuan. Sebahagian bayi yang baru lahir akan bangun daripada tidurnya setiap beberapa jam untuk menyusu.

Jika lampin bayi kerap basah (lebih kurang enam kali sehari), tidur yang nyenyak dan berat badan bertambah, keadaan ini menunjukkan dia dalam keadaan kenyang. Bayi yang menyusu akan membawa bersama udara ke dalam badannya yang boleh membuatkan dia tidak selesa.

Ibu boleh mengatasi keadaan tersebut dengan menyendawakan bayi setiap kali selepas penyusuan. Terdapat beberapa cara untuk sendawakan bayi:

1. Pegang bayi dan sandarkan kepalanya pada bahu anda. Sokong kepala dan bahagian belakang ketika anda mengusap lembut belakangnya.

2. Dudukkan bayi di riba anda. Pegang dada dan kepalanya dengan sebelah tangan anda dan secara lembut usap bahagian belakang badannya.

3. Meniarapkan bayi anda ke bawah. Sambil itu pegang kepala bayi dengan lengan anda. Usap lembut belakangnya.

4. Jika bayi tidak sendawa selepas beberapa minit minum susu, sendawakan bayi dengan pelbagai posisi sehingga 10 ke 15 minit.





Cukur Jambul Bayi

Kini ramai semakin melupakan amalan cukur rambut bayi ini. Kebiasaan masyarakat kini hanya menggunting beberapa helai rambut bayi atau dipanggil cukur jambul sahaja sebagai syarat. Selepas itu tidak dicukur keseluruhan rambut bayi. Ada memberi alasan takut untuk mencukur kerana kepala bayi masih lembut, risau rambut tidak akan tumbuh lagi atau rasa perbuatan itu sudah tidak sesuai.

Bercukur boleh dibuat pada hari ketujuh atau pada hari aqiqah. Jika bapa takut atau tidak tahu lakukannnya, minta mereka yang biasa untuk mencukur. Rambut yang telah dicukur akan ditimbang. Berat rambut yang ditimbang akan digunakan sebagai timbangan berapa banyak emas atau perak yang perlu dibeli untuk disedekahkan.

Tip mencukur rambut bayi:

Cukur rambut bayi mudah dilakukan sebenarnya.
•Gunakan pisau cukur yang tajam dan mempunyai ciri yang selamat. Pisau tumpul menyulitkan proses mencukur rambut. Tidak perlu membeli pisau cukur yang mahal atau canggih.
•Sediakan bekas berisi air. Rambut yang dicukur diletakkan di dalam air dan proses mencukur juga lebih mudah. Ada amalan yang perlu dielak seperti meletakkan rambut dalam buah kelapa dengan kepercayaan tertentu. Ini bertentangan dengan amalan Islam.
•Lakukan ketika bayi sedang tidur. Lebih mudah mencukur rambutnya.
•Jika tidak sempat habiskan mencukur, jangan risau. Boleh berhenti dan sambung bila bayi tidur semula
•Cukur dari depan menghala ke belakang. Biasanya jika mencukur dari belakang ke depan, rambut baru akan tumbuh menegak atau terpacak.
•Kumpul rambut dicukur untuk ditimbang.




Mendidik anak perempuan cara Islam::

Mendidik anak perlukan kemahiran. Ramai ibu dan ayah bekerja dan lebih memberi tumpuan pada pekerjaan. Kenapa ramai yang lupa untuk mendidik anak? Sebab pekerjaan kita nampak ganjarannya naik pangkat, naik gaji. Mendidik anak, hasil akan nampak bila anak besar dan pahala yang kita tidak nampak.
Mendidik anak juga berbeza antara lelaki dan perempuan. Jika tersilap didik, anak akan mempunyai sifat berlawanan dari sifat asal jantina. Tip hari ini mendidik anak perempuan. Perlu mendidik mengikut peringkat umurnya dan berkomunikasi sesuai dengan umurnya.

Peringkat pertama mendidik anak perempuan ialah sebelum berusia 6 tahun.

•Anak perempuan perlu dikhatankan kerana ini akan memberi kesan langsung pada sikap dan kelakuannya di masa hadapan. Berkhatan dapat menyeimbangkan syahwatnya. Jika tidak dikhatan boleh menyebabkan seks menyimpang. Jangan juga dipotong berlebihan kerana memberi kesan.
•Ketika usia ini ibu dan ayah perlu perhati dan faham perasaan anak
•Ibu dan ayah perlu selesai masalah anak dengan segera
•Tidak menghukum anak pada usia begini walau bersalah.
•Mendahulukan kaedah didikan secara lembut dan kasih sayang

Selepas itu ketika usia 7 tahun, pelajaran pertama pada anak perempuan ialah akidah. Mula diajar beribadah dan sunah nabi.
Ketika usia 9 ke 10 tahun.

•Ibu dan ayah perlu bijaksana ketika ini dan jangan lagi berinteraksi seperti mereka anak kecil.
•Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan ketika usia ini.
•Pastikan anak telah solat dan dirotan jika tidak solat.
•Didiklah anak-anak dengan bercerita tentang kisah wanita solehah.
•Ajar mereka lakukan kerja rumah dan mengasuh anak
‘Ingatlah setiap orang adalah pemimpin dan setiap orang pasti diminta bertanggungjawab atas apa yang dia pimpin. Setiap isteri adalah pemimpin dan penjaga rumah, suami dan anak. Ingat, setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu semua kelak di minta bertanggungjawab atas apa yang kamu pimpin’





Khasiat Peluk Isteri

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.




99 Tips dan Petua Tawan Hati Suami

Semua petua yg tertera di bawah ini adalah dari pakar motivasi popular Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Beliau menggariskan 99 petua menawan hati suami yang boleh dipraktikkan oleh isteri dan bakal isteri. Petua tersebut ialah :

1. Berdoa agar disayangi. Selain kita berusaha membina keluarga yang bahagia, Sentiasa berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita adalah cara yang terbaik kita lakukan terutamanya selepas solat.

2. Tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain bila dia balik ke rumah.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari (jika suami dalam mood yg sesuai). Kalau suami tengah penat atau kelihatan tertekan, janganlah pula kita sebagai isteri menambahkan lagi stress mereka dengan bertanya soalan-soalan yang menjengkelkan.

4. Berlatih mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

5. Jangan tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting adalah simpati.

6. Beri suami masa berkualiti sekurang-kuranya 30 minit.

7. Tanya ibu mentua,abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau semasa memujuk.

8. Masak makanan kegemaran suami.

9. Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut, wajah, pakaian dan sebagainya. Janganlah dikutuk suami sebab perut dah boroi ke, rambut tak kemas ke , nanti kecil hati si suami. 

10. Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati.


11. Minta bantuan sesuai pada masa,tempat dan jenis kerjanya.

12. Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama bila bersiap.

13. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat,ucapkan terima kasih kerana memberitahu.

14. Bila suami meminta bantuan,buatlah dengan serta-merta dengan ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.

15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik 2 kali sehari. Contohnya, I love you, suamiku, ibu sayang ayah sangat-sangat dan macam-macam lagi.

16. Jika marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk,beritahu suami apa yg menganggu fikiran secara sopan.Jangan salahkan suami.

17. Bila suami bercakap,beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan.

18. Bila memesan barang kepada suami yang ke kedai,senaraikan di atas kertas. Jangan biarkan suami ke kedai dua tiga kali.

19. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

20. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.


21. Telefon suami di tempat kerja hanya bila penting.Telefon dengan kerap jika suami suka.

22. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia pulang.

23. Jangan ganggu suami semasa asyik melakukan sesuatu.

24. Bila suami marah,jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar setelah dia tenang.

25. Bila meminta bantuan suami: Terangkan kepada suami mengenai kerja rumah yang memerlukan bantuannya. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan suka mengarah. Gunakan perkataan yg sesuai dan lemah- lembut.

26. Pesan suami menelefon rumah jika bertugas luar. Jangan pula melenting jika dia tidak berbuat demikian. Beritahu dia yang anda cuma risau.

27. Sentiasa kemas,anggun dan wangi sebelum tidur bersama. Janganlah si isteri agak comot di rumah, rambut tak terurus dan memakai pakaian lusuh atau yang tak menyelerakan. Hehe

28. Sokong pendapat suami walaupun pendapatnya berbeza dengan org lain.

29. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan selagi tidak dipinta suami. Jangan berleter bila suami tersalah jalan. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

30. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa impian seksual.


31. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

32. Jangan menukar-nukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

33. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendaknya. Segala bantahan dilakukan semasa berdua-duaan.

34. Bila berpegang tangan,peganglah bagaimana disukainya.

35. Buatkan minuman suami tanpa diminta atau bertanya.

36. Beri suami peluang memilih tempat makan bila makan diluar.

37. Cepat bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai.

38. Tanya suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai apabila disisinya.

39. Lebihkan suami daripada anak-anak. Kadang-kadang, si isteri dah terlupa suami bila dah bersama anak-anak sehingga kebajikan dan hal suami pun tak terurus dengan alasan sibuk melayan anak-anak. Si isteri kena pandai membahagikan masa untuk anak-anak dan suami.

40. Belikan suami hadiah-hadiah yg berguna seperti tali pinggang, kasut, cermin mata hitam, dan sebagainya.


41. Tolong suami mencuci kereta, potong rambut dan sebagainya.

42. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa.

43. Pergi dating atau berbulan madu.

44. Jika suami melakukan kesilapan, jangan tempelak atau pulangkan paku buah keras.

45. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

46. Selalu urut suami. Kalau boleh, si isteri perlu belajar cara melakukan urutan-urutan yang berkesan dan selesa untuk suami. Mesti suami lebih kagum dan rasa nak bersama dengan isteri je. 

47. Tunjukkan keprihatinan terhadap perasaan suami.

48. Suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab bila dia terasa diperlukan isteri.Isteri perlu mempamerkan bahawa dia benar-benar memerlukan suaminya.

49. Layan suami seperti semasa berkawan dulu.

50. Beri peluang suami memperbaiki barang rosak di rumah walaupun kita tahu dia tidak mahir.


51. Menghias tempat tidur macam tempat tidur pengantin.

52. Ceritakan mengenai kerenah lucu anak-anak kepadanya.

53. Bacakan berita yang menarik perhatian suami atau buat keratan berita kesukaannya daripada suratkhabar atau majalah.

54. Tolong temankan suami bila dia melakukan kerja bersendirian waktu malam.

55. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat biasa.

56. Tolong bawakan barang-barang walaupun suami mampu membawanya semua.

57. Cuba masak masakan paling sedap untuk suami setiap masa. Jangan paksa suami komen jika dia hanya berdiam diri.

58. Bila berbual,bercakap atau berbincang: Gunakan hubungan mata. Gunakan gerak rasa hati. Pegang erat tangannya. Duduk rapat-rapat. Baring bersama dan bernafas serentak. Ajak atau biar suami berbaring atas paha jika dia mahu.

59. Jangan dera suami fizikal dan batin.

60. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan suami,orang yang ditemui dan sebagainya.


61. Beri tindak balas positif jika suami bercerita. Janganlah kita buat layan, tak layan. Kesian si suami.

62. Jika suami kurang sihat, beri perhatian sewajarnya.

63. Masuk tidur serentak dengan suami. Jika kita ingin tidur dulu,minta kebenaran suami.

64. Salam,peluk,cium dan belai suami sebelum pergi kerja.

65. Ketawa bila suami berlawak atau bercerita kisah lucu.

66. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat suami.

67. Cari masa untuk berdua-duaan.

68. Lakukan riadah bersama suami.

69. Pergi berkelah sekali-sekala.

70. Doakan suami agar bahagia dunia akhirat (dalam pengetahuannya atau tidak).


71. Ajak suami berjalan-jalan tanpa anak-anak.

72. Berikan apa yang dihajati suami.

73. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

74. Buat kuih kegemaran suami sekali-sekala.

75. Lakukan ibadah bersama. Terbaik suami menjadi imam ketika solat.

76. Jangan menghukum suami jika dia mengecewakan isteri tanpa sengaja.

77. Maafkan suami jika dia terlupa melakukan sesuatu untuk isteri.

78. Segera minta maaf jika kita melukakan hati suami.

79. Cuba fahami suami jika dia membangkang atau enggan membantu isteri.

80. Bila suami meminta maaf,terima dengan kasih sayang. Jangan jual mahal.Ingat kebanyakkan suami sukar meminta maaf daripada isteri.

81. Tunjukkan keseronokan bila berjimak dengan suami.

82. Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari barang yang dia lupa di mana letaknya.

83. Nyatakan dengan lemah lembut kepada suami jika kita tidak menyukai pilihan baju,tempat makan,lauk pauk,tempat bercuti dan sebagainya.

84. Berkongsi perasaan negatif dengan suami secara terbuka tanpa menyalahkannya.

85. Jangan menyuruh suami melakukan sesuatu yg sememangnya ingin dilakukannya.Ini akan menyebabkan suami tawar hati.

86. Elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu terlalu panjang.Suami sering melenting bila isteri bersyarah panjang. Penjelasan panjang lebar menunjukkan seolah-olah isteri tidak mempercayai suami.

87. Elakkan daripada membuat suami berasa tidak mampu, tidak layak atau tidak berkebolehan.

88. Kebanyakkan suami rasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru itu jgn berkecil hati jika suami kurang melayani anda bercakap.Kebanyakkan suami memang kurang bercakap dgn isteri.

89. Jangan cabar suami.

90. Bila berselisih faham,berkrisis atau bertengkar dgn suami, fokus pada masalah semasa dan jangan ungkit perkara lalu.


81. Tunjukkan keseronokan bila berjimak dengan suami.

82. Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari barang yang dia lupa di mana letaknya.

83. Nyatakan dengan lemah lembut kepada suami jika kita tidak menyukai pilihan baju,tempat makan,lauk pauk,tempat bercuti dan sebagainya.

84. Berkongsi perasaan negatif dengan suami secara terbuka tanpa menyalahkannya.

85. Jangan menyuruh suami melakukan sesuatu yg sememangnya ingin dilakukannya.Ini akan menyebabkan suami tawar hati.

86. Elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu terlalu panjang.Suami sering melenting bila isteri bersyarah panjang. Penjelasan panjang lebar menunjukkan seolah-olah isteri tidak mempercayai suami.

87. Elakkan daripada membuat suami berasa tidak mampu, tidak layak atau tidak berkebolehan.

88. Kebanyakkan suami rasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru itu jgn berkecil hati jika suami kurang melayani anda bercakap.Kebanyakkan suami memang kurang bercakap dgn isteri.

89. Jangan cabar suami.

90. Bila berselisih faham,berkrisis atau bertengkar dgn suami, fokus pada masalah semasa dan jangan ungkit perkara lalu.


91. Jangan suka mengenang rekod lama suami dan melabelnya berdasarkan rekod tersebut.

92. Jangan ingkar mengenai apa yang telah dipersetujui. Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak mengikut apa yg dipersetujui.

93. Banyak suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri.Oleh itu isteri perlu ‘membaca’ perlakuan suami yg menunjukkan kasih sayangnya kepada isteri.Jangan paksa suami menyatakan perasaan sayang,rindu atau cinta kepada isteri.Hanya ‘suami bermasalah’ sahaja tidak sayangkan isteri.

94. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami.Fahami hakikat kebanyakkan suami menghadapi kesukaran memahami isteri.

95. Cemburu tanda sayang.Namun jangan terlalu cemburu terhadap suami kerana dia akan merasa rimas dan serba salah.

96. Untuk merangsang suami mempamerkan kasih sayang, puji setiap kali dia menunjukkan kasih sayangnya.

97. Elakkan memberi nasihat jika tidak diminta.Isteri meminta nasihat untuk bermanja tetapi bila suami meminta nasihat dia beranggapan itu satu kelemahan.

98. Apabila suami berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati,adalah lebih baik mencari kepastian daripada membuat kesimpulan sendiri yg mungkin salah.

99. Doa dan tawakal kepada ALLAH semoga hidup kita suami bahagia dunia akhirat.







26 Pesanan Buat Suami

 1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil itu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari mak anda.

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandaar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, uruskan anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, berithu isteri dulu. Kalau boleh sehari dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

8. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan taugeh.

9. Jangan sekali kali menyakat isteri tentang saiz badannya yg semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali kali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami degil tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.


14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dan guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah kencing atau berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yg buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak yg buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yg keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yg dituntut agama. Ingat, seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk neraka. Tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yg isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dgn isteri, isteri balas sepuluh kali.

23. Jangan buat dunno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu mintak maaf, minta maaf. Kalau perlu dipujuk, pujuklah. Hati org perempuan ni sensitif. Kalau rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris hiris. Perkara yg dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser pada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan org perempuan ni enteng saja.





Atasi Bengkak Susu

 Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini. Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Dapatkan maklumat lanjut di bawah.

Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.

Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.

Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.

1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.

Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

4. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

5. Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

6. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

7. Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

8. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

9. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

10. Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.





3 Masalah Penyusuan

 Beberapa langkah mudah untuk meningkatkan bekalan susu ibu.

Sebagai ibu yang baru menimang cahaya mata, anda semestinya menginginkan yang terbaik untuk si manja anda. Anda merasa bangga bila si manja mula menyusu dan menerima pemberian anda yang tidak terhingga nilai itu. Tetapi, apa yang akan berlaku jika anda tidak berupaya untuk menghasilkan susu yang secukupnya untuk si manja?

1. “Mengapa susu saya tidak mencukupi?”

Untuk menghasilkan susu ibu yang secukupnya, anda perlu bermula awal dengan menyusu bayi anda dalam jam pertama kehidupannya. Penyusuan pertama bukan sahaja akan memastikan bayi anda stabil dan selesa, ia juga memulakan penghasilan susu dan membina rutin penyusuan dan penghisapan. Apabila anda menyusu bayi anda, sensasi di payudara akan menghantar isyarat ke otak untuk melepaskan dua jenis hormon – prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merangsang payudara untuk menghasilkan susu manakala oksitosin merangsang pengaliran susu. Maka, untuk menghasilkan lebih susu, lebih hormon penyusuan diperlukan. Dengan menyusu anak anda dengan lebih kerap, lebih hormon penyusuan akan dihasilkan.

2. “Tolong! Aliran susu saya semakin berkurangan!”

Untuk menjamin aliran susu anda sentiasa mencukupi, anda perlulah menyusukan anak anda secara kerap dan betul. Bermulalah dengan menyusukan anak anda setiap dua jam sebaik sahaja anda dihantar ke wad selepas bersalin. Setelah anda mula bekerja semula, anda dinasihatkan untuk menyambung amalan menyusukan anak anda. Jika perlu, perah susu anda di tempat kerja. Pemberian makanan tambahan seperti susu formula, air atau makanan dan minuman pada 6 bulan pertama kehidupan dan penggunaan puting akan mengurangkan penghisapan susu oleh anak anda, lalu mengganggu penghasilan susu anda.

3. “Bagaimana akan saya tahu jika saya menghasilkan susu ibu yang secukupnya?”

Anak anda mendapat susu yang cukup jika dia berasa berpuas hati selama kira-kira satu jam selepas penyusuan. Selain itu, berat badan anak anda juga akan meningkat sebanyak 20 gram sehari selepas minggu pertama hidupnya jika diberikan susu ibu yang secukupnya. Satu lagi cara untuk mengetahui jika anda menghasilkan susu yang cukup untuk anak anda adalah dengan memeriksa sisa buangannya. Anak anda akan membuang air kecil sebanyak 5 atau 6 kali sehari dan membuang air besar kira-kira 3 hingga 8 kali sehari pada bulan pertama hidupnya.

Oleh Dr Koe Swee Lee, Pakar Pediatrik & Laktas





Ciri Isteri Yang Dekat Dengan Syurga

Berikut ini adalah ciri-cirinya :

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

Ya ALLAH... Bimbinglah kami agar menjadi isteri yang demikian.
Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami... Yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu.

Aamin Ya Rabbal Alamin





Sumber Semulajadi Tambah Susu

Tidak dinafikan ada kalanya ibu yang menyusukan bayi mengalami kesukaran kuantiti susu yang dihasilkan semakin menurun. Jangan risau!

Kata orang pemakanan memainkan peranan penting dalam menghasilkan susu yang berkualiti. Justeru, jagalah pemakanan agar susu yang dihasilkan mempunyai khasiat yang baik untuk bayi dan turut menyumbang penambahan susu badan yang dihasilkan.

Lobak putih
Sangat sesuai dibuat sup yang dimasak bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dijadikan jus untuk diminum.

Lobak merah
Boleh dijadikan bahan asas hidangan salad mahupun dicampurkan bersama sayur-sayuran lain menjadi menu sayur campur.

Sawi
Sedap dijadikan sayur tumis bersama beberapa jenis sayur-sayuran lain.

Kucai
Sering kali menjadi bahan yang dimasak bersama mihun, cucur udang dan lain-lain. Boleh juga ditumis bersama tauge dan tauhu menjadi menu sayur.

Pucuk manis
Lazat dimasak sebagai gulai lemak atau tumis air.

Pegaga
Lazimnya, ia dijadikan ulam dimakan bersama sambal belacan dan sebagainya.

Peria
Boleh dicelur menjadi ulam atau dimasak bersama bahan-bahan mentah lain.

Jantung pisang
Boleh dijadikan sama ada secara celur, kerabu atau masak lemak.

Oren
Enak dimakan begitu saha atau dijadikan jus segar.





Khasiat Susu Ibu

Khasiat susu ibu sudah diketahui sangat baik untuk bayi dan ibu. Meningkatkan imunisasi bayi sejak kecil, membantu perkembangan tubuh dan berat anak serta mengekalkan berat badan ideal ibu antara kelebihan yang diakui ramai.

Sebuah kajian yang dilakukan di Okyama University Graduate School of Medicine di Jepun, menyatakan bahawa menyusukan bayi mengurangkan risiko anak mengalami obesiti pada usia lapan tahun sehingga 50 peratus.

Sekiranya bayi disusukan secara eksklusif selama enam bulan, risiko kegemukan berkurangan lagi 15 peratus, dibandingkan dengan bayi yang minum susu formula.

Menyusukan bayi mempunyai kaitan erat dengan berat badan untuk jangka masa panjang. Ia membantu membentuk pola makan sihat di kalangan kanak-kanak. Pemberian susu formula dalam jangka panjang akan meningkatkan produksi sel lemak yang meningkatkan kenaikan berat badan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...