Sunday, 25 August 2013

Proses Kelahiran

Berapa lamakah proses kelahiran yang normal

- Ini adalah soalan yang tak dapat dijawab. Dloktor lazimnya menghitung proses kelahiran dari masa doktor merasakan kontraksi pertama, atau ketuban air pecah.

Walau bagaimanapun, doktor menghitung tempoh proses kelahiran dari masa dilatasi serviks itu berukuran tiga hingga empat sentimeter. Ini dikira sebagai permulaan "fasa aktif" atau "mantap" dalam proses kelahiran. Menjelang masa ini, anda mungkin sudah mengalami pengetatan yang agak sakit untuk beberapa jam. Mungkin anda sudah terjaga sepanjang malam. Bagi anda, rasanya proses kelahiran sudah "aktif" bagi tempoh yang sudah begitu lama!

Bayi pertama lazimnya suka mengambil masanya sendiri. Jumlah masa purata proses kelahiran bagi bayi pertama ialah lapan jam, jadi ia boleh mengambil jangka masa lebih atau kurang dari itu, tetapi kemungkinan amat kecil yang proses kelahiran pertama anda akan mengambil masa lebih daripada 18 jam.

Wanita yang pernah bersalin sebelum itu selalunya mengalami proses kelahiran yang lebih pendek daripada wanita yang bersalin untuk pertama kali, tetapi keadaan berbeza antara indvidu. Jika ini bukan bayi pertama anda, masa purata bagi fasa aktif ialah lima jam. Kemungkinan ia akan mengambil lebih daripada 12 jam adalah sangat kecil.

Ia bukanlah perkara yang lebih baik bagi anda dan bayi jika proses kelahiran itu bergerak cepat. Sebenarnya, proses kelahiran yang terlalu pantas boleh meletihkan secara fizikal dan emosi.

Pada fasa aktif, mungkin ada satu jam atau lebih di mana anda akan mengalami sedikit kemajuan, diikuti oleh waktu kemajuan lebih. Doktor atau bidan anda patutnya memeriksa anda setiap empat jam dan bukan setiap satu atau dua jam. Ini telah dibuktikan boleh mengurangkan jumlah pembedahan caesarean yang tidak benar-benar diperlu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...