Sunday 25 August 2013

Cukur Jambul Bayi

Kini ramai semakin melupakan amalan cukur rambut bayi ini. Kebiasaan masyarakat kini hanya menggunting beberapa helai rambut bayi atau dipanggil cukur jambul sahaja sebagai syarat. Selepas itu tidak dicukur keseluruhan rambut bayi. Ada memberi alasan takut untuk mencukur kerana kepala bayi masih lembut, risau rambut tidak akan tumbuh lagi atau rasa perbuatan itu sudah tidak sesuai.

Bercukur boleh dibuat pada hari ketujuh atau pada hari aqiqah. Jika bapa takut atau tidak tahu lakukannnya, minta mereka yang biasa untuk mencukur. Rambut yang telah dicukur akan ditimbang. Berat rambut yang ditimbang akan digunakan sebagai timbangan berapa banyak emas atau perak yang perlu dibeli untuk disedekahkan.

Tip mencukur rambut bayi:

Cukur rambut bayi mudah dilakukan sebenarnya.
•Gunakan pisau cukur yang tajam dan mempunyai ciri yang selamat. Pisau tumpul menyulitkan proses mencukur rambut. Tidak perlu membeli pisau cukur yang mahal atau canggih.
•Sediakan bekas berisi air. Rambut yang dicukur diletakkan di dalam air dan proses mencukur juga lebih mudah. Ada amalan yang perlu dielak seperti meletakkan rambut dalam buah kelapa dengan kepercayaan tertentu. Ini bertentangan dengan amalan Islam.
•Lakukan ketika bayi sedang tidur. Lebih mudah mencukur rambutnya.
•Jika tidak sempat habiskan mencukur, jangan risau. Boleh berhenti dan sambung bila bayi tidur semula
•Cukur dari depan menghala ke belakang. Biasanya jika mencukur dari belakang ke depan, rambut baru akan tumbuh menegak atau terpacak.
•Kumpul rambut dicukur untuk ditimbang.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...