Sunday, 25 August 2013

Tip Galakkan Susu Lancar


Menjadi lumrah ibu menyusukan bayi yang risau jika stok susu untuk anak tersayang berkurangan. Sebenarnya kebimbangan tersebut mempengaruhi pengeluaran air susu.

Ikuti panduan yang mudah diamalkan berikut agar susu ibu mengalir lebih lancar dan banyak susu dapat dikumpul.

1. Ikut jadual mengepam

Tugas mengepam susu memainkan peranan penting dalam soal pengumpulan susu ibu. Jangan culas mengepam! Bagi ibu yang bekerja, sebaiknya sesi mengepam di pejabat dilakukan dua hingga tiga kali bergantung kepada jenis kerja iaitu awal pagi, tengah hari dan petang.

Sebaik tiba di rumah, pam sekali lagi. Sebelum tidur, ibu boleh mengepam sekali lagi. Untuk menjimatkan masa, ibu digalakkan mengepam menggunakan pam berganda.

2. Jaga minum

Tanpa air dan makanan, tidak banyak susu akan dihasilkan. Ibu disarankan minum air sekurang-kurangnya tiga liter setiap hari. Sebaik-baiknya air suam. Sebelum tidur pula, ambil minuman susu bermalta atau beroat. Malah setiap kali selepas menyusukan anak, minum air untuk mengekalkan bendalir dalam badan biarpun di waktu malam.

3. Amalkan pemakanan berkhasiat

Makanan yang ibu makan akan mengalir dalam susu yang dihasilkan. Jadi bayi akan mendapat khasiat yang sama daripada makanan ibu. Makanan yang sihat memperbanyakkan susu badan. Antara makanan yang boleh menambahkan susu adalah sup lobak putih, sawi, halba, jantung pisang, pucuk betik, pengaga, makanan berasaskan oat, kurma, makanan berasaskan susu.

4. Sentiasa bertenang

Secara psikologi jika bertenang, anda pasti dapat melakukan sesuatu tugas dengan berjaya. Begitu juga dengan tugas menghasilkan susu. Tidak kira sama ada anda sedang menyusukan bayi atau mengepam susu, ketenangan diperlukan.

Suasana yang tenang sambil diiringi irama muzik lembut membantu pengaliran susu yang lancar. Selain dari itu, melihat gambar anak sambil membayangkan anak sedang menyusu juga dapat membantu tugas mengepam susu lebih mudah. Amalan memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan bayi turut merangsang hormon penyusuan sekaligus meningkatkan penghasilan susu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...