Wednesday 31 December 2014

Bye 2014, Hye 2015

As salam dunia,




Haishhhh tak sangka dah setahun berlalu meninggalkan kita kan. Pejam celik pejam celik dah setahun. Pejam celik pejam celik dah 20, pejam celik pejam celik aikk dah 21 tahun dah. Nanges..T.T
Tak sangka weyh dah besar rupanya aku ne rasa macam budak kecik je lagi. Hehehheheh okay bohong! Banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun 2014 ne. Alhamdulilah, masih lagi diberi kesempatan dari yang Maha Esa untuk bernafas dan mengharungi lagi pahit getir seorang aku. Setakat ne aku dah plan dah serba sedikit perancangan bagi tahun 2015 aku. Maklumlah bila mula dah meningkat usia semakin matang pemikirang in sya Allah so kena lah buat perancangan dengan baik kan. Bak kata pepatah, "Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang".

            Antara plan aku untuk tahun 2015 yang akan mendatang ne in sya Allah :

  1. Habiskan lesen memandu dengan jayanya.. T.T
  2. Ikut kursus menjahit
  3. Berjimat cermat 
  4. Mengumpulkan harta yakni emas....
  5. Habiskan diploma dengan jayanya.
  6. Bergiat aktif dalam dapur.
  7. Lulus MUET dengan jayanya.
  8. Better morning person.... LOL
Okay setakat ne itu je lah kot aku punya perancangan. Harap harap semuanya berjalan dengan lancar in sya Allah semoga Tuhan memberkati. Azam tahun baru aku supaya aku lebih tabah hidup dan berjimat cermat. Hehehehhheh Apa korang punya plan pulak ye? Jom lah kongsi dengan aku kat ruang comment. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...