Sunday 25 August 2013

Risiko Bersalin Paksaan


Umum mengetahui kehamilan setiap wanita akan berakhir sehingga cukup sembilan bulan. Bagaimanapun adakah benar dalam realiti semua kehamilan cukup sehingga 40 minggu lamanya?

Bukan semua wanita mengandung mengikut jangkaan masa tersebut yang akan melahirkan anak tepat pada tarikh yang dijangkakan oleh doktor. Bahkan selebriti popular Hollywood, Kim Kardashian melahirkan bayinya pada 15 Jun, iaitu empat minggu awal daripada tarikh jangkaannya pada 11 Julai.

Kadang kala, melahirkan bayi lebih awal sangat penting untuk alasan perubatan, tetapi secara umumnya, doktor sering menekankan kepentingan menunggu masa kelahiran selagi boleh.

Mengapa doktor sering menegaskan pentingnya menunggu sehingga ibu boleh melahirkan secara normal dan bukan secara pembedahan caesarean ataupun induce?

*Menghalang perkembangan: Biasanya perkembangan bayi berlaku dalam beberapa minggu terakhir kehamilan. Contohnya paru-paru, hati, otak terus berkembang dalam antara 37 hingga 39 minggu kehamilan.

*Kesukaran serta-merta: Bayi yang lahir pramatang turut memerlukan pemantauan perubatan. Sesetengah mungkin mempunyai masalah sukar bernafas dan menelan, mereka juga mempunyai risiko tinggi untuk tinggal lebih lama dalam unit penjagaan rapi neonatal.

*Kesan kesihatan jangka panjang: Kelahiran yang berlaku sebelum 39 minggu turut membawa risiko kesan jangka panjang. Masalah seperti serebral palsy, keperluan pendidikan khas dan dalam sesetengah kes, berakhir dengan kematian.

*Meningkatkan risiko perilaku: Berdasarkan statistic, kanak-kanak yang lahir pada 37 atau 38 minggu mempunyai risiko tinggi memiliki attention deficit hyperactivity disorder.

*Komplikasi kepada ibu: Melahirkan bayi secara paksaan meningkatan peluang untuk menjalani pembedahan caesarean, di mana ia turut mempunyai risiko seperti jangkitan kuman serta ibu berkemungkinan melalui pembedahan caesarean di masa akan datang.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...