Tuesday, 24 September 2013

Ulu Yam

Assalam.. Hye engkorangs.. Korang pemacam ok ta ?
Lame da kan aq ta p0st apa-apa kat blog ne selain giveaway.. Ta rasa la plak na p0st apa-apa sebenarnya.
Sepanjang tu kan banyak gak benda yang jadi sebenarnya kat diri aku. Buruk baik suka duka semua ada tapi cuma ta rajin jeq na ctekan kat blog sebenarnya.. Ntahh lr.. 
Hari tu aku ada pegi ke Ulu Yam ngan sayang aku. Kami gi mandi manda jeq kat sana. Aku ne sebenarnya banyak cakap tapi bila menulis aku cam jadi mati akal plak na tulis apa so aku na hidangkan korangs ngan gambar aku bak kata omputih let the pictures tell you everything.. ececehh gittew konon.. Hahahaah


Time ne gile semangatt kw bangun awal. Sempat lagi na packing-packing barang apa bagai pastu bergambar-gambar sket. Tapi barang jeq lr yang pose tuannya malas. Hahahhaah


Ne gambar kat KTM Tanjung Malim.


Ontheway to Ulu Yam. Yeahhhhhh! Excited gilee kowttt... :)





Ne 1st tempat yang kami melencong sebelum na sampai ke destinasi yang sebenarnya.. Cantikk kan tempat tu.. Tenang sangatt hati kita bila tengokk .. :')
I wish I had Sony Digital Camera.. Hubby get for me 1.. I wanna I wanna wantt .. T.T



Ne tempat kedua plak kami melencong.. Hehehehhe Sebenarnya tade niat p0n tapi encik sayang tu tengok aku excited kan konon nampak tasik besar camtu dia cakap tape lr singgah kejap. Bukan selalu kan.. Pahala ok kita tengok kejadian alam camne sambil mengagumi kebesaranNya :')





Jengg jengg jenggg tiba lr tempat yang sepatotnya di tuju.. Wuhuuuu, bring it on baby ! 
sehhh hahh overr kw jahhh .. hhahhaahah


Sorang bayar singgit na masuk dalam.. :)
Sejukk gilerr airnyaa.. Seronokk sangattt.. Lame gak lr kami berendam-rendam sambil dating-dating.. Hehehehe
Pas mandi tu kan na gi salin baju bapakkk gle banyakkk pasirrr.. hehehehe 
Nasebb ada tempat tukar baju ngan air bersihh.. 





 Dalam banyak-banyak gambar yang aku amek kan aku paling ske gambar yang ne.. :)


Okay bye-bye Ulu Yam I'm gonna miss u .. :')
Sayang ride me back to Tanjung Malim..
Thanks sayang for spend with me..
Love you to the max! XOXO :*


Thursday, 12 September 2013

Simple Giveaway by Farisha :))

Assalamualaikum :))
Jom join Simple Giveaway by Farisha ..
Tarikh tutup 18HB September ne yee .. ;)


Click banner ye ! ;)

Sunday, 8 September 2013

Info

Selepas melahirkan anak, salur reproduktif wanita akan menjalani proses pemulihan. Tisu yang melecet dan radang akan beransur pulih. Jahitan dalaman mengambil masa kurang tiga minggu untuk pulih dan jahitan luar pula antara 7-14 hari untuk pulih.

Jika wanita itu menjalani prosedur pembedahan Ceasearean untuk melahirkan anak, pemulihan luka melebihi tiga minggu. Tidak hairan jika purata angka 100 hari diberi sebagai waktu sebelum isteri boleh melakukan semula hubungan seks.

Bagaimanapun, wanita disyorkan menjalani pemeriksaan fizikal dan kesihatan seksual enam minggu lepas bersalin untuk doktor pastikan anggota reproduktifnya pulih dan parut kulit tidak radang sebelum doktor memberi kata putus, sama ada suami isteri boleh melakukan hubungan seks.

Ketika doktor melakukan pemeriksaan lepas bersalin, pasangan boleh meminta doktor menjelaskan perancangan keluarga dan hubungan seks ringan jika isteri sihat.

Mungkin sebelum seks penetratif dilakukan, pasangan boleh mencuba seks tanpa penetrasi dengan rangsangan luaran.

Apabila semua percubaan itu berjaya dan selesa, mungkin cara biasa seperti kedudukan suami di atas boleh dilakukan dan mengikut keselesaan isteri. Untuk enam bulan pertama, memang hubungan seks menjadi cabaran untuk kedua-dua pihak.




***** NEXT *****

Rahsia Perangai Anak

INI HANYA KAJIAN YG DI LAKUKAN..

Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

Anak Tengah

Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah

Anak Bongsu

Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* happy go-lucky dan yakin diri.
* manja.
* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
* sukar membuat keputusan sendiri.

Anak Tunggal

Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* sering merasakan diri mereka kesunyian.
* lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
* lebih bijak bergaul.
* lebih cepat matang.
* terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
* sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.



Cara utk membetulkan kedudukan Baby Sonsang

Sebelum menempuhi hari kelahiran, doktor akan melakukan pemeriksaan terhadap wanita hamil. Jika janin songsang, wanita hamil disarankan untuk melakukan gerakan-gerakan tertentu. Antaranya:

1. Sujud (knee-chest) sebanyak lima kali sehari selama 15 minit.

2. Tidur atau baring dalam posisi mengiring ke kiri.

3. Baring terlentang dan menahan perut dengan bantal. Kemudian mengiring kan badan ke kiri lalu ke kanan.Lakukan gerakan ini selama 10 ke 15 minit sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Latihan sebegini bagus dilakukan ketika janin anda aktif. Seharusnya janin memasuki usia ke 34, kedudukannya adalah normal.
Selamat mencuba..




Tips yang boleh diamalkan sepanjang tempoh mengandung

1. Selalulah beri salam kepada bayi di dalam kandungan.

2. Panggilnya dengan gelaran “anak umi”, “anak mama” dan sebagainya.

3. Kejutkan dia ketika ingin beribadah; solat, dengar kuliah, baca alquran dan sebagainya. Banyak berkomunikasi dan mengajak buat kebaikan seperti, “anak umi bangun, jom kita baca alquran”.

4. Didiklah anak ketika dalam kandungan lagi.

5. Ajak bayi kita mendoakan ibunya.

6. Jika terlihat perkara mungkar, kejutkan bayi dan bersama-sama doa mohon perlindungan Allah s.w.t.

13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus

1. KETIKA MENCARI CALON : Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR : Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH : Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN : Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA : Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA : Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG : Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM : Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG : Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI : Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI : Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...