Wednesday, 29 January 2014

Tanda Bayi Cukup Susu

Kadang kala ibu tidak tahu sama ada bayinya sudah cukup minum susu atau belum. Setiap kali menangis, ibu beri sahaja susu badan. Akibat terlalu kenyang, si kecil muntahkan semula susunya walaupun mulut tetap menyusu bila disuakan.

Jadi, ibu perlu tahu apa tanda yang boleh menunjukkan si manja sudah cukup minum susu dan rengekan manjanya bukan kerana hendakkan susu.

1. Sekurang-kurangnya enam lampin basah setiap hari dan membuang air besar yang cair berwarna kekuningan dua hingga lima kali sehari. Ini bergantung kepada umur bayi.

2. Najis bayi tidak berwarna putih atau kelabu.

3. Peningkatan berat badannya stabil selepas minggu pertama kelahiran.

4. Air kencingnya berwarna kuning pucat dan bukannya berwarna kuning pekat atau jingga.

5. Bayi tidur nyenyak dan kelihatan cergas ketika bangun tidur.

*Untuk menghisap dengan berkesan, bayi perlu memasukkan sebahagian besar dari areola dan puting ke dalam mulutnya. Rerongga susu yang perlu diperah/ditekan untuk mengeluarkan susu terletak di bawah areola. Gusi bayi sepatutnya melepasi puting sejauh satu inci ke bahagian areola. Pastikan puting terletak di tengah-tengah mulut bayi dan di atas lidahnya. Bayi hendaklah dirapatkan ke badan ibu sehingga hujung hidungnya menyentuh payu dara. Jika hidungnya terhalang oleh payu dara untuk bernafas, perbetulkannya dengan mengangkat payu dara sedikit atau menarik bayi lebih rapat ke badan ibu.

*Jika bayi anda tertidur ketika menyusu, atau anda perlu menamatkan penyusuan sebelum bayi anda berhenti, leraikannya dengan memasukkan jari ke dalam mulut bayi ketika bibirnya masih melekap pada payu dara anda. Gunakan jari untuk meleraikan mulut bayi. Jangan sekali-kali menarik puting anda tanpa meleraikan hisapannya..

Doa Semasa Hamil

As salam para Ibu sekalian :)

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah bentukkanlah dan rupakanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat dan sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkan akalnya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Cara Mengesahkan Kehamilan


Kehamilan boleh ditentukan melalui ujian ringkas yang mengukur paras hormon kehamilan iaitu human chorionic gonadotrophin (HCG) yang ada di dalam air kencing.

Ujian tersebut boleh dilakukan sebaik sahaja anda tidak haid sebulan selepas haid terakhir. Untuk mendapatkan pengesahan, boleh dapatkan khidmat doktor atau pun mungkin lebih senang lakukan sendiri di rumah menggunakan alat penguji kehamilan.

Tanda Awal Kehamilan

Satu atau lebih perubahan tersebut boleh dijadikan petunjuk anda sedang hamil. Ada segelintir wanita merasai kesemua tanda awal kehamilan. Tetapi ada juga wanita yang langsung tidak melalui sebarang tanda-tanda berkaitan.

Awalnya, anda mungkin tidak menyedari perubahan yang berlaku, namun naluri semula jadi menyatakan yang anda sedang hamil kerana “kelainan” yang dilalui. Perubahan-perubahan tersebut termasuklah:

*Tidak datang haid. Jika kitaran haid tidak tetap atau anda berkeadaan risau, sibuk, atau pun sakit, ini tidak boleh dijadikan panduan.

*Sering berasa letih terutamanya di siang hari kerana tubuh terpaksa menerima beban kehamilan di samping beban yang sedia ada. Oleh kerana itulah, anda mudah letih. Jadi, cuba dapatkan rehat secukupnya.

*Payu dara membengkak, lembut dan kadang kala berdenyut-denyut. Selain itu puting anda berubah menjadi lebih gelap. Urat-urat yang biasanya kurang kelihatan akan Nampak lebih jelas ketika hamil.

*Mudah mual dan kadang kala muntah. Jangan sesekali membiarkan perut anda kosong. Ambil makanan berkhasiat untuk mengalas perut. Elakkan pengambilan makanan yang kaya dengan lemak.

*Berasa hendak pitam dan mungkin pening.

*Perubahan emosi terutamanya dingin untuk mengadakan hubungan kelamin.

*Deria rasa terganggu.

*Kerap membuang air kecil.

Kehamilan Berisiko Tinggi

Berikut ini adalah keadaan dimana seorang Bunda berisiko tinggi untuk Hamil:

1. Ibu hamil dengan tinggi badang kurang dari 145 cm.
2. Badan ibu hamil kurus pucat.
3. Bentuk panggul ibu yang tidak normal.
4. Umur ibu kurang dari 20 tahun atau lebih dari 35 tahun.
5. Jarak kelahiran anak kurang dari 2 tahun.
6. Jumlah anak lebih dari 4 orang.
7. Sebelumnya sering terjadi keguguran.
8. Mempunyai kesulitan pada kehamilan sebelumnya.
9. Kaki bengkak.
10. Merasakan kepala pusing yang sangat hebat.
11. Terjadi pendarahan pada waktu hamil.
12. Cairan ketuban keluar sebelum waktunya.
13. Batuk-batuk.

Akibat yang akan ditimbulkan dari Kehamilan Risiko Tinggi :

1. Kemungkinan besar bayi akan lahir premature (belum cukup bulan).
2. Keguguran.
3. Bayi lahir dengan berat lahir yang rendah (BBLR).
4. Pendarahan sebelum dan setelah persalinan.
5. Mengalami persalinan yang tidak lancar.
6. Janin dapat mati di dalam rahim.
7. Keracunan kehamilan.
8. Ibu yang sedang hamil atau sedang menjalani proses persalinan dapat meninggal dunia.

Tips Layan Isteri

 (untunglah dah kahwin,hihi..) yang lain sila peluk bantal gigit bucu bantal! 

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana-mana bahagian yang biasa dicium

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you. Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh.

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula.

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri-isteri Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat.

Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.

InsyaAllah, bila isteri kita tahu yang kita betul-betul sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu-ragu sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang..

Tips membahagiakan rumahtangga

Di antara tip utk bahagiakan rumahtangga ialah:

1.Taat perintah Allah, terutamanya menjaga solat fardhu & sunat.
2. Kenali pasangan- buat yg dia suka & elak apa yg di benci.
3. Byk tolak ansur & cuba fahami pasangan--cuba fahami..!!
4. Berlapang dada & boleh terima teguran pasangan.
5. Sentiasa redha meredhai sbb kita tak sempurna.
6. Tolong menolong-- terutamanya suami, bantulah kerja rumah.
7. Jadi jiran yg baik agar semua jiran syg kpd kita.
8. Suami tampankan diri & isteri cantikkan diri....
9. Bentuk sifat tawaduk. Sifat ego yg sering robekkan rtangga.
10. Sering bergurau senda & buat lawak (lawak bodoh pun takpe).
11. Cemburu yg bertempat, tanda beriman. Elak cemburu buta.
12. Mendorong & memotivasikan pasangan utk majukan diri.
13. Sentiasa didik mendidik & pesan memesan. Insan mudah lupa.
14. Cari titik persamaan sbg pengerat kasih syg.
15. Sentiasa maafkan pasangan sblm tidur. Elak tidur dlm keadan marah atau rajuk. Malaikat rahmat akan tinggalkan rumah kita.
16. Bentuk ritual romantik sbg pemangkin kasih syg.
17. Jadi cermin yg jujur kpd pasangan. Jgn biarkan kemungkaran.
18. Jadi perawat yg setia kpd pasangan- fizikal, mental, rohani.
19. Sentiasa membelai & memuji & menghargai pasangan.
20. Sentiasa berkomunikasi secara berhikmah & menyejuk jiwa.
21. Usha agar menjadi kebanggaan pasangan- serlahkan kehebatan.
22. Berterusan mencari ilmu ttg agama, rumahtangga, dll
23. Sentiasa doa mendoakan pasangan secara positif.
24. Sentiasa hantar gelombang & aura positif kpd pasangan.
25. Overhaul diri agar jadi org baru yg Allah redha & org syg.
26. Sentiasa fokus kpd memberi khidmat terbaik kpd pasangan & bkn sekadar mengharap bantuan drpnya.
27. Azam utk sama2 masuk syurga.
28. Hormati & sayangi keluarga pasangan spt kel sendiri.
29. Cari org tengah bila gagal rungkaikan konflik.
30. Sentiasa bertawakkal kpd Allah.
31. Tegurlah dgn hikmah.
32. Puji kebaikannya sblm menegur kesilapannya!

Tips yang boleh diamalkan sepanjang tempoh mengandung

As salam para ibu sekalian :)


1. Selalulah beri salam kepada bayi di dalam kandungan.

2. Panggilnya dengan gelaran “anak umi”, “anak mama” dan sebagainya.

3. Kejutkan dia ketika ingin beribadah; solat, dengar kuliah, baca alquran dan sebagainya. Banyak berkomunikasi dan mengajak buat kebaikan seperti, “anak umi bangun, jom kita baca alquran”.

4. Didiklah anak ketika dalam kandungan lagi.

5. Ajak bayi kita mendoakan ibunya.

6. Jika terlihat perkara mungkar, kejutkan bayi dan bersama-sama doa mohon perlindungan Allah s.w.t.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...