Sunday, 14 September 2014

Inspired Quotes from Shearasol :)

As salam sisters,



Sisters, you might be married to the worst man ever, like ASIYA (‘alayha salam) was married to Pharaoh – but it didn’t change her and her loyalty and love to Allah SWT

You might be married to the best of men, and still not be saved from Allah’s punishment – like the wife of Prophet Lut (‘alaihi salam)

You might be a mature woman assisting your man in his ‘mission’, like the praised KHADIJAH (radiallahu ‘anha) with her business empire. Yet her devotion was foremost to the Rabb of her Messenger (sallahu ‘alayhi wassallam)

You might not be married to any man, like MARYAM (‘alaiha salam), and Allah SWT can make your rank higher than any women on the Earth.

You might be a lifelong student of knowledge, aspiring to follow in the footsteps of the greatest female scholar AISHA (radiallahu ‘anha), working hard for your Deen and for your Akhirah, while living your Dunya.

You might be a divorcee or a widow like UMM SALAMAH (radiallahu ‘anha) whose complete trust in Allah’s Plan allowed her to overcome the agony of her husband’s death. To thereafter be rewarded with the love of the greatest man to have ever lived, Muhammad (sallallahu ‘alayhi wassalam).

You might be a young mother striving hard with young children like FATIMAH (radiallu ‘anha). And striving to strike that balance in being woman, wife and mother for the Sake of your Rabb to attain His Pleasure.

Know your priorities. Know your purpose in this dunya. Love and trust is with Allah SWT first.

Whatever your reality, the ONLY relationship in this Dunya where you will NEVER have your heart broken is the relationship between you and Allah SWT.

Succesful truly are those relationships which bring you closer to Allah SWT. Aspiring to walk in hand with your man in Jannah. Everlasting, blissfull, true, complete love. Aim for that. Work for that.






People will jugde you based on what their saw, the fact is they never know how much we struggle for the best in our life. Allah knows that. Whatever people serve you so badly, that was their part. Our part is be a good girl. May Allah granted us in Jannah. Amin...



Wednesday, 10 September 2014

My weight depresses me.

As salam and evening lovely,



Hai you all. Korang apa khabar? Kat sini hujan tau. Sayup-sayup je bunyi azan asar. Mata pon nak layu dah ne. Nak cerita pasal BERAT BADAN T.T Bila je kita orang perempuan especially bukak cerita pasal berat badan mesti nak meroyan je rasanya. Rasa tak bersemangat kot. Sedih apa semua ada. Ne la orang perempuan. Bukan aku je kot yang rasa semua pon ada yang mengalami masalah yang sama.

Sebenarnya aku ne kalau tinggal kat rumah aku memang takde feeling pon dan tak rasa pon diri aku ne besar sebab family aku memang semua besar-besar pon. Jadi aku boleh dikategorikan sebagai yang kecik jugak la walau sebenarnya tak kecik pon! Hahahhahaha Tapi bila aku kena bandingkan dengan kawan-kawan seUni aku, mula la aku rasa rendah diri gila. Kadang-kadang aku selalu kena bahan jugak la. Kawan-kawan aku semua berat average bawah 50?! Hmmmmmm :(

Memang aku jadi tumpuan je la kalau berjalan dalam group tu. Lepastu kan aku sentiasa merasakan diri aku berkepala kecik due to bahu aku yang tegap dan badan yang berisi ne. Memang rendah diri sangat-sangat. Aku memang kurang berkeyakinan diri sikit bab penampilan ne. Kalau diorang datang tido rumah aku pon segan gila do aku nak offer baju tido aku. BESAR.... :'(

Korang ada tak yang berpengalaman macam aku? Macam mana korang nak tingkatkan keyakinan diri korang ek? Aku selalu mengidamkan nak pakai baju longgar-longgar tapi just nice kat badan. Hmmm. Aku ne sebenarnya bukan lah dari azali lagi gemuk. Aku start gemuk pon sejak pindah sekolah asrama. Mungkin sedap kot makanan makanan dia. Hehheheheh Last aku 50kg pon seingat aku time Form 4. Itu pon besar jugak kalangan kawan-kawan. 

Rindu jugak nak badan cekeding macam dulu. Tapi tanak la kurus sangat pon. Dapat kurung 5 atau 6 kg memang syukur Alhamdulilah. Hhehehehehe Hmmmm aku sentiasa mengidamkan makan tanpa effect berat badan aku. Kawan-kawan aku semuanya kurus dan kuat makan. Lagi la depres aku. 



Si gemuk pendek :P

Aku suka sangat pakai baju kebaya. Tapi memang tak confident je selalu. Fat ass aku menyerlah sangat T.T





Cun kan aku pakai jubah? Hehheehhehe In sya Allah aku nak ubah sikit sikit penampilan aku dengan jubah. Sejuk perut mak aku. Hehehhhehe

Daaa korang. Kalau ada apa sebarang bentuk cadangan komen je ye. In sya Allah aku akan balas. Muahhhhh3. As salam you all.



Sunday, 7 September 2014

Mangsa Buli

As salam and hello kawan-kawan,



Korang pernah tak sepanjang hidup korang kena buli? Definisi Buli tu bermaksud menindas orang yang lemah tak kira la dari segi fizikal dan mental. Kesannya sangat mendalam dalam diri seseorang tu. Jangan tak sangka buli tu boleh mengakibatkan seseorang bunuh diri paling teruk tau. So jangan la sesekali tunjuk kuasa kepada yang lemah ne. So dinasihatkan Ibu Bapa memantau dan prihatin terhadap anak-anak yang membuli dan jadi mangsa buli. Bukan apa aku sendiri pon pernah dibuli suatu ketika dahulu. Aku bercakap berdasarkan pengalaman yang aku lalui sendiri.



Kebiasaanyanya bagi yang lelaki akan dibuli secara fizikal seperti dibelasah secara beramai-ramai manakala yang perempuan plak standard la kan mereka akan membuli secara mental seperti memulau secara beramai-ramai. Tapi jangan plak terkejut zaman sekarang ne perempuan tak macam dulu lagi dah. Budak budak perempuan pon dah pandai belasah sesama dorang. Setakat ne bergaduh pasal lelaki dan tidak puas hati antara mereka.


Okay bercakap tentang pengalaman plak semasa saya sekolah rendah darjah 4 dulu saya telah berpindah dari bandar ke kawasan perkampungan. Iyalah bukan nak cakap besar ke apa tapi belajar di bandar fikiran lebih terbuka walaupon saya bukan top student dulu masa sekolah di bandar tapi bila masuk kampung saya jadi top student di sana. Tak sangka plak kawan-kawan sekolah yang lain iri hati masa tu sebab kebanyakkan guru sekolah saya ketika itu suka memuji saya di depan kawan-kawan yang lain. Bukan apa sebenarnya tujuan cikgu saya hanya la untuk memberi inspirasi kepada pelajar lain agar mencontohi saya ketika itu tapi disalah ertikan. 

Saya ingat lagi masa dulu kami adik beradik selalu membawa bekal ke sekolah emak kami yang masakkan. Selalu bekal memang saya letakkan bawah meja mengelakkan terjatuh dalam beg. Salah seorang kawan saya pernah masukkan kapur dalam bekalan makanan saya. Sedihnya waktu memang tak dapat nak dinafikan la. Dah lah lapar waktu rehat semua orang makan, saya je duduk dalam kelas menangis teresak-esak sebab tak dapat makan. Saya selalu dipulaukan sebab saya selalu kena puji dalam kelas. Tapi saya tabah tak pernah pon nak mengadu dengan emak bapak masa tu. Sabar je lah.

Lepastu masa naik sekolah menengah pon pindah tempat baru masa hujung Form 1. Memang tak pernah kena buli fizikal pon tapi mental tu yang sakit. Biasa la saya ne budak bandar dan adik beradik semua lelaki jadi saya lebih rapat la dengan lelaki berbanding perempuan. Memang saya senang berkawan dengan lelaki. Saya teringat lagi masa saya tengah SPM masa tu. Kawan-kawan saya memulaukan saya ketika itu. Saya ingat la paling ketara kena pulaukan masa PAPER BI SPM. Sedihnya lahai waktu tu. BI SPM saya dapat B kot. Sedih bukan apa saya takut cikgu BI yang paling saya sayangi waktu tu kecewa bila dapat tau keputusan paper BI saya. Apa yang diorang buat lepas habis belajar pon saya jugak buruknya. Saya tak pernah pon bocorkan rahsia kawan saya pada waktu tu tapi tak sangka dia pon pulaukan saya. 

Tapi takpe kawan-kawanku, aku maafkan korang dah lama dah. Tapi memang aku tak dapat nak lupakan apa yang aku lalui dulu dengan korang. Itu pengalaman pahit aku. Aku harap korang tak buat kat orang lain lagi pada masa akan datang. 

Thursday, 4 September 2014

Happy Annivesary yang ke 2 tahun perkenalan kita, awak :')

As salam chuolls,

Alhamdulilah now dah officially 2 tahun perkenalan kami pada,

29 AUGUST 2014.


Tak sangka betul. Pejam celik pejam celik tak sangka dah 2 tahun dah berkenal. Semua perasaan ada bercampur baur. Terharu, happy gila, entah la sampai sekarang masih tak sangka lagi dah 2 tahun. Ingat dulu masa mula-mula hangat bercinta rasa susah sangat duduk jauh jauh (padahal tak jauh mana pon Sungai Buloh - Tanjung Malim).. Masa tu dia tak tau lagi jalan nak pergi sini ingatkan jauh sangat la rupa-rupanya naik kereta high speed 45 minit dah boleh sampai. Hahahahha Kalau kau merempit dalam 1 jam setengah la. Kebas jugak bontot do. Kalau kau naik train dalam 1 jam 15 minit. Naik lori lagi aku belum. Aku rasa naik lori high speed setengah jam je kot. Kot je la, tak pernah cuba lagi pon. Hikhikhikhik :3

Kami sambut biasa-biasa je tu pon 2 hari lepastu kami sambut sebab masa hari annivesary tu dia sibuk nak uruskan bisnes dia. Aku macam biasa la ikut dia buat keje dan jadi pekerja dia setengah hari tu urus apa yang patut. Dinner tu takde la romantic sangat tapi sweet la bagi aku. Aku makan sepotong kek (dia tak suka kek) dengan makan semangkuk Tom yam Kung. Tak sedap pon tom yam tu. Hampeh betul tapi tetap sweet jugak sebab dengan dia.



Harapan aku,

  1. Semoga apa yang kita hajatkan selama ne, awak dan saya tercapai.
  2. Semoga kita berdua panjang umur dan murah rezeki.
  3. Saya harap awak cinta terakhir saya.
  4. Cepat-cepat ye kumpul duit saya tunggu awak dan family awak meminang saya.
  5. Saya terima apa kurangnya awak. Saya harap awak pon boleh terima segala kekurangan dan kelebihan saya.

Wednesday, 3 September 2014

How we met..

Hello peeps,

Yes indeed right? You've never known what your destiny. Death, love and your sustenance. DEATH, Hari ne kita kenal dia, esok lusa tiba-tiba kita dapat khabar dia dah meninggal. LOVE, kadang-kadang dah bertahun-tahun berkenalan sampai masa hari perkahwinan tiba-tiba menghilangkan diri. Then, berkenalan tak sampai 3 bulan akhirnya ke jinjang pelamin dan kekal bahagia ke anak cucu. SUSTENANCE, hari ne kita rasa kita dicurahkan dengan duit berkepuk-kepuk dalam poket tapi kita lupa sebenarnya tu rezeki untuk orang. Apa yang kita dermakan tu lah yang sebenarnya bahagian kita. 


Masa aku masih hingusan dulu aku selalu mendambakan seorang lelaki yang kurus, muda dan hensem bergaya. Hensem tu tak kisahlah aku tak pandang pon. Lepastu, kalau boleh aku nak berkahwin pada usia yang lewat dalam area 30-an macam tu. Aku pon tak tau la kenapa aku fikir macam tu. Biasa la masih hingusan tinggi menggunung lagi cita-cita.

Masa dulu lepas aku habis sekolah asrama kat Labuan, aku direct balik Selangor tempat akak sepupu aku. Jadi aku mula belajar berdikari cari duit sendiri kerja part time ikut akak sepupu aku tu. Tapi bosan jugak la nak tunggu ada job baru kena panggil. Lepastu, kawan akak sepupu aku ajak aku kerja kilang tilam kat area belakang rumah aku. Walau tak semasyukk mana tapi at least hari-hari takde la kau melenggang sangat dah ada kerja tetap. Lama-lama aku bosan kerja kilang tu sebab muka aku teruk gila berjerawat. Maklum la kerja kilang kan. Dah la panas lepastu kotor. Sampai akak sepupu aku sendiri takut tengok muka aku. Lepastu supervisor aku cakap lepas 3 bulan aku boleh naik gaji tapi sampai la 6 bulan aku kerja sama je gaji aku dengan orang yang takde IC. Malu beb, bangla pon lagi tinggi gaji dari aku. Memang cilanat betul rasanya. Aku tau la time tu aku masih budak-budak tak dapat berfikir apa benda sebenarnya.

Last, aku dapat offer dari akak aku ada kawan abang ipar aku bini dia nak guna pekerja jahit baju contract. (Korang faham-faham je la okay ayat aku). Aku pon setelah didesak beberapa kali aku pon tabah jugak la nak tinggalkan member-member aku yang nepal kat kilang tu pergi cari kerja baru kat Subang Tambahan. Masa tu aku baru beli motor beb, Legend ZR warna biru metallic. Makin panjang la kan langkah aku. 

Nasib la aku ne jenis yang senang gila adapt dengan tempat baru dan kawan baru. Aku ingat lagi port kedai yang aku kerja tu kat atas tingkat 1 ngam-ngam kat bawah lot kedai tu ada 2 workshop. Banyak laki siotttt.. Time tu memang segan gila. Dah la aku ne cenonet je, bawak plak motor tinggi. Jadi kalau aku keluar makan dengan member baru aku tu, memang aku jadi tumpuan mamat-mamat tu la. Ececeh. Hahhahahah *Tutup muka

Nak dijadikan cerita ada satu mamat ne namanya Sofi dia usha-usha aku mintak no fon lepastu dapat. Aku bosan kan layan je la. Dah lama-lama kenal aku tau dia ada awek tapi awek dia tak tinggal sini so aku teruskan je la berkawan. Bukannya kami ada apa-apa pon kawan je. Dah lama-lama kedai yang aku buat contaract tu pon nak tutup dah sebab dah takde barang so aku pon tak kerja la kat situ lagi. Nak dijadikan cerita, satu hari ne aku dapat mesej dari seseorang. Mamat poyo. Hahhahaha Nak tau siapa bos si Sofi. Abang tu aku kenal tapi aku tak berapa nak gemar sebab dia pernah tanya aku pasal ayah aku. Soalan sensitive tu beb. Aku malas la nak jawab soalan-soalan cepuemas bagai. Aku layan kan je la aku pon tak contact sangat lagi dengan Sofi tu sebab dia dah nak kahwin dengan awek dia tu. 

Makin lama aku rasa lain macam siot. Mula-mula hubungan kami sekadar adik angkat je tapi dah terangkat jadi awek plak dah. Apa maciam. Terima je la. Mula-mula aku cuba deny kan perasaan aku ne. Tapi makin lama makin rapat aku rasa. aku macam tertunggu-tunggu mesej dia plak dah. Rindu ke apa entah la. Caring habis jai. Lepastu aku pindah Pahang jap ikut Along aku niaga lepastu balik aku smabung lagi masuk Universiti. Aku ingat makin jauh tapi makin rapat plak jadinya. Alhamdulilah sekarang tup-tup dah 2 tahun plak dah. 

Dia bukan la Prince Charming yang aku idam-idamkan masa zaman hingusan dulu. Kurus dan muda. Tapi sebalik dari tu. Tak gemuk tapi berisi, besar dan tua. Hahhahhaha Tapi aku suka dia. Aku sayang kat dia. Dia jenis yang caring, kuat berusaha, tabah, tak pernah mengalah, kuat cemburu, kata-kata dia nasihat dia semua aku cerna dalam otak. Penyayang dan sentiasa memenuhi kehendak aku walau bukan waktu tu jugak aku dapat. 

Boleh dikatakan dia my serious first Love and I hope He will be the last. Macam panjang plak kan aku membebel ne. Nanti aku update lagi okay kalau bosan. Pardon me with my sentences. Aku budak kampung ayat power la sikit. Hahahhahahha Okay bye chuolls. Muahhhh-muahhhh. 





The hilarious fking mistake that we do.

Whaddup peeps,

Ne semua bagi pendapat aku la kan. Tak tau la bagi korang benda ne kelakar atau tak. Bagi aku ye. Hhahahahahha
Masa aku type listing ne kan aku ketawa sendiri sambil mengenangkannya. 

  1. Ketawa sakan sambil terkentut.
  2. Korang termengumpat seseorang dan korang tak sedar orang tu sebenarnya dekat dengan kau.
  3. Tertidur masa kelas lepastu salah sorang kawan sekelas kau terspot korang dan bagitau kawan yang lain sambil terkekek ketawakan korang.
  4. Masak nasi guna rice cooker tapi tak tekan.
  5. Tersalah mesej orang lain.
  6. Typo dalam group wechat/wassap and whatever la yang bergroup.
  7. Korang baru perasan korang pakai baju terbalik lepas habis kelas.
  8. Control ayu depan orang ramai tapi terseliuh depan diorang.
  9. Jalan otw nak pergi kelas masa ngam ngam habis solat jumaat.
  10. Hingus terkeluar masa bercakap dengan orang nak nak crush korang atau partner korang.
  11. Bulu hidung terkeluar.
  12. Salah sorang friends dalam facebook korang terlike gambar porn tapi tak sedar benda tu public.
  13. Ketawa sakan sambil tehirup dan tak sangka sangka terkeluar suara babi.
  14. Tersent mesej guna CAPSLOCK tapi korang tak marah pon kat orang tu cuma TER je.
  15. Korang ternampak orang korek hidung kat public tiba-tiba dia terspot korang tengok dia. Totally awkkkkkwardddd~
  16. Korang enjoy car-karaoke with your friends then suddenly tengah jam dan ada orang nampak korang.
  17. Tak sengaja nampak orang punya seluar dalam terpop out masa tengah duduk then korang rasa memang hari tu paling malang.
  18. Tiba-tiba tereye contact dengan cikgu atau lecturer then tiba-tiba korang kena paksa jawab soalan.
  19. Korang baru perasan baju atau seluar yang korang pakai sepanjang hari tu rupanya koyak.
  20. Kau dah cerita panjang lebar sampai ketawa tapi kawan kau tak dapat tangkap apa yang korang cuba sampaikan dan korang nak kena ulang lagi. Kalau sekali takpe. Kalau dua tiga kali memang nak kena jugak la.

Kalau bagi korang apa benda kesalahan yang paling kelakar sekali yang terjadi sepanjang hidup korang? Ce comment sikit. Share share okay. Apa yang aku share kat sini sebahagian memang aku mengaku aku ada buat. Hahhahahahha 
Daaaaa chuols, muahhhhhh muahhhhhh.


Saja selingan. Aku tak tau dah nak letak gambar apa. Happy annoying you guys while read that questions. Hahahahhahah

Tuesday, 2 September 2014

Kutu Emas

As salam and Hello you alls.

Dah lama dah tak merepek kat blog kesayangan ne ha. Dah berhabuk dah pon. Fuhhhhhh Fuuuuuuuhhhh.. Kesian awak ye Encik Blog. Minta maaf saya dah abaikan awak. Malam ne saya spend lebih masa dekat awak okay. Muahhhhhhhh...




Aku belanja la gambar aku terbaru walau korang tak mintak kan. Peduli apa aku. Hahahhahaha

















Aku nak habaq mai korang satu cerita ne. Pasal kutu emas? Korang pernah dengar tak pasal kutu emas? Selalu kita dengar pasal main kutu je kan. Alaaa konsep dia lebih kurang sama je macam main kutu cuma main kutu tu kumpul duit dapat duit kan, tapi ne main kutu emas kumpul duit jugak tapi dapatnya emas. So cukup bulan turn korang boleh pilih item emas yang korang nak then cukup bulan lepas habis semua bayar baru korang boleh dapat item memasing. Ne bagi mengelakkan ahli kutu emas korang tu menipu korang dan bawak lari emas tanpa bayar habis. 

Tujuan kutu emas ne tak lain dan tak bukan la semata mata untuk orang yang gila emas tapi takde duit nak bayar on the spot. Macam aku la.. T.T Aku suka gila do emas sekarang tapi disebabkan kekangan duit (almaklum la kan aku kan student lagi T.T) memang ngam la aku join kutu emas ne.  Bila aku fikir fikir balik aku asyik habis duit tapi tak jugak ada harta baik aku join kutu emas ne kan apa salahnya. Lagipon aku bukannya ada tanggungjawab lagi pon. Anak pon takde aku nak bagi makan. Anak tekak ada la. Hahhahah

Masa first time aku dengar pasal ne pon dari facebook akak aku. Kawan dia dealer emas online RKG. In sya Allah, Alhamdulilah setakat ne memang aku boleh percaya gila la dengan akak ne. Masuk ne dah 3 item emas dah aku beli dengan dia. Semuanya aku beli main kutu emas. Selamat pon selamat. Jimat pon jimat. Aku boleh bajet perbelanjaan aku tiap tiap bulan demi mengumpul harta okay. Hehhehehehe


Alhamdulilah ne first emas yang aku beli dengan akak ne. Yang second on the way nak sampai rumah aku. Yang third, in sya Allah takde aral melintang awal tahun depan sampai. Hehhehehheeh

Apa apa info korang nak tau pasal kutu emas ne atau pon nak start berjinak jinak kumpul harta macam aku korang boleh tengok facebook akak ne ye :

https://www.facebook.com/chenta.lulu.16?fref=ts



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...