2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita
mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan
solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat
100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada
lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah
selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau
memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3
kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran
dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat
sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan
pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan
izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada
malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang
dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali
sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti
hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.
10) Sesiapa yang
amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh
kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan
selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan
mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami
akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap
hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha
mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang
mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah,
lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat
Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada
sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak
1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang
ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17) Amalan berselawat
secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa,
dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan
daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca
selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta
tipu daya syaitan yang melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali
pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta
dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20) Sesiapa
yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal
mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21)
Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam
mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap
selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2
kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan
berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki
yang tidak disangka-sangka baginya.
24) Jiwa yang resah
gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap
yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
25) Ulamak
berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa
hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit
berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas
solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta
dikabulkan Allah akan hajatnya.
27) Menurut para ulama,
sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka
berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik
dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti
dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa
yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia
akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada
waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh
syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani
***** NEXT *****
Tweet
No comments:
Post a Comment