Wednesday 29 January 2014

Bahaya Air Masak kepada bayi anda

Jangan BERI BAYI anda minum AIR.. SUSU ibu sudan mencukupi!! Air Masak boleh mengakibatkan

1. Tumbesaran TERENCAT

Perut bayi sangat kecil. apabila perut bayi telah di penuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat di berikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. disamping itu kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran di kaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

2. Akal TERENCAT

Menurut Pakar Laktasi dari Kanada Anne Kirkham pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang di serang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan 'Kernicterus' iaitu terencat akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tak bermaya.

3. Mengancam NYAWA

Air boleh membawa kuman. ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak di titikberatkan. Pencemaran boleh berlaku dari sumber ynag tak selamat atau bekas air yang tak bersih.
Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang di hasilkan oleh susu ibu dan akan meyebabkan bayi kepada jangkitan.

4. Mengakibatkan SAWAN TARIK

Air sangat bahaya jika di berikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah,kembung atau sawan tarik. Sindrom ni di panggil 'oral water intoxication'.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu di tambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Oleh itu, jika anda fikirkan bayi anda haus,panas atau sembelitt..
beri bayi anda susu ibu sekerapnya...

Catitan dari MISI AZIZAH.. Wad Pediatrik..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...