Wednesday 29 January 2014

Pergerakan bayi dalam kandungan


Pergerakan bayi dalam kandungan mungkin dirasai oleh wanita hamil seawal trimester pertama atau minggu-minggu akhir kehamilan. Ada yang bergerak aktif, sehinggakan anda terpaksa berehat kerana rasa senak pada perut disebabkan pergerakannya. Dan ada yang kurang pergerakan, bila kita cuit tempat-tempat tertentu baru si bayi bergerak.

Kebiasaannya bila bayi telah mula bergerak, si ibu akan merasa seperti ada pergerakan angin dalam perut. Kadang-kadang boleh keliru sama ada angin atau bayi yang bergerak. Mungkin ibu akan merasainya seawal bulan ke-4. Pada masa ini ruang untuk bayi masih lagi luas. Pada akhir kehamilan, ruang menjadi semakin sempit membuatkan tempat pergerakannya terhad.

Bagi nor pula, pada kehamilan pertama pergerakan bayi seperti angin dapat nor rasa pada bulan ke-6. Masa tu memang ingat angin bergerak dalam perut. Pada akhir kehamilan, bayi akan bergerak bila nor cuit .

Untuk kehamilan ke dua, nor perasan pergerakan bayi pada bulan ke-6 juga. Tetapi bukan sekadar angin, memang terasa pergerakan dan kadang-kadang nampak seperti perut senget sebelah . Nampak pergerakan pada perut, disebabkan pergerakan bayi yang kerap nor kadang-kadang berasa senak pada perut. Kadang-kadang perut mengeras.

Setiap bayi berbeza, tetapi jika si ibu perasan pergerakan memang tiada pada akhir kehamilan iaitu pada bulan ke-8 ke atas, jumpalah doktor untuk memeriksa keadaan bayi. Jika masih peringkat awal, bagi nor perjumpaan rutin setiap bulan sudah mencukupi untuk memeriksa keadaan bayi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...