Wednesday 29 January 2014

Cara Mengesahkan Kehamilan


Kehamilan boleh ditentukan melalui ujian ringkas yang mengukur paras hormon kehamilan iaitu human chorionic gonadotrophin (HCG) yang ada di dalam air kencing.

Ujian tersebut boleh dilakukan sebaik sahaja anda tidak haid sebulan selepas haid terakhir. Untuk mendapatkan pengesahan, boleh dapatkan khidmat doktor atau pun mungkin lebih senang lakukan sendiri di rumah menggunakan alat penguji kehamilan.

Tanda Awal Kehamilan

Satu atau lebih perubahan tersebut boleh dijadikan petunjuk anda sedang hamil. Ada segelintir wanita merasai kesemua tanda awal kehamilan. Tetapi ada juga wanita yang langsung tidak melalui sebarang tanda-tanda berkaitan.

Awalnya, anda mungkin tidak menyedari perubahan yang berlaku, namun naluri semula jadi menyatakan yang anda sedang hamil kerana “kelainan” yang dilalui. Perubahan-perubahan tersebut termasuklah:

*Tidak datang haid. Jika kitaran haid tidak tetap atau anda berkeadaan risau, sibuk, atau pun sakit, ini tidak boleh dijadikan panduan.

*Sering berasa letih terutamanya di siang hari kerana tubuh terpaksa menerima beban kehamilan di samping beban yang sedia ada. Oleh kerana itulah, anda mudah letih. Jadi, cuba dapatkan rehat secukupnya.

*Payu dara membengkak, lembut dan kadang kala berdenyut-denyut. Selain itu puting anda berubah menjadi lebih gelap. Urat-urat yang biasanya kurang kelihatan akan Nampak lebih jelas ketika hamil.

*Mudah mual dan kadang kala muntah. Jangan sesekali membiarkan perut anda kosong. Ambil makanan berkhasiat untuk mengalas perut. Elakkan pengambilan makanan yang kaya dengan lemak.

*Berasa hendak pitam dan mungkin pening.

*Perubahan emosi terutamanya dingin untuk mengadakan hubungan kelamin.

*Deria rasa terganggu.

*Kerap membuang air kecil.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...