Wednesday 29 January 2014

Kesan Diabetes Ketika Mengandung Pada Ibu & Bayi


Anda perlu tahu, kencing manis ketika mengandung adalah masalah kesihatan paling kerap dialami oleh ibu hamil. 70% daripada ibu yang menghidap kencing manis ketika mengandung akan pulih lepas bersalin.

Ketahui kesan diabetes pada ibu & bayi :

Pada ibu

❥ Risiko tinggi untuk mendapatkan tekanan darah tinggi dan lebihan protein dalam air kencing
❥ Risiko tinggi untuk dijangkiti jangkitan faraj
❥ Risiko tinggi untuk mendapatkan jangkitan pada luka bersalin menyebabkan luka lambat sembuh.
❥ 50% boleh menghidap diabetis tahap kedua di kemudian hari.

Pada bayi

❥ Risiko tinggi untuk bayi mati dalam kandungan
❥ Saiz bayi terlalu besar menyebabkan kesukaran semasa bersalin
❥ Bayi berisiko untuk mendapatkan kecederaan bahu semasa bersalin membawa risiko kecacatan
❥ Bayi berisiko untuk hipoglisemia (terlalu banyak insulin, gula dan mineral penting dalam darah terlalu rendah menjejaskan tumbesaran)
❥ Sakit kuning
❥ Bayi sukar bernafas
❥ Air ketuban berlebihan yang membawa kepada kelahiran pra-matang dan kematian bayi dalam kandungan.
❥ Bayi akan lebih mudah dapat obesiti atau kencing manis bila dewasa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...