Monday 7 October 2013

Apa yang akan kami bualkan apabila OTP berjam-jam ?

As slam and Hello.

Hari ne tiba-tiba ada mood plak na berblog pasal OTP berjam-jam ne. Hehhe. Padahal dulu masa aku single kan always wonder dorang yang ada couple ne cte appa OTP berjam-jam. Tapi bila dah ada BF sendiri baru lr tw. Hahahah. Dulu masa awal-awal bercinta lagi lr. Dari malam sampai na ke Subuh tu kowt bercerita ta sudah-sudah. Almaklumlah na kenal isi hati kata orang. Hahahha. Lucu betol kalau engat balik. Sekarang kami agak hadkan sket lr. Dia agak bz na cari duit siang malam. Na kawenkan kena lr jgak berkorban. Sayang awak ketat-ketat (cehhh bajet ayat sekarang. puiii. hahhaha)

Sebenarnya aku ne jenis yang suka sangatt sangatt bercakap. Ye aku sangat aktif bercakap. Ta kisah lr dengan dia ke, dengan kawan-kawan ke atau dengan orang yang aku ta kenal. Hahahhah Bagi jeq lr aku satu tajuk yang aku paling master, In Sya Allah aku bole bercakap dari pagi sampai ke petang then sambung lagi sampai malam kalau korang ta kesah. Hhahaha



Aku jenis yang sangatt excited bila bercerita pasal diri aku. Kebiasaannya kami akan OTP pada waktu malam lepas dia habis keje. Mukadimah yang pertama akan dimulai dengan apa yang kami buat pada waktu siang tu. Kira aktiviti kami sepanjang hari lr. Lepas tu, aku ne kan jenis kaki online jugak so kalau ada info-info dari facebook ataupon blog mesti aku cerita kat dia. Especially, info kesihatan. Tu yang paling penting. Benda yang paling aku dan dia titikberatkan. Sebab bagi kami kalau kami ta jaga kesihatn dari sekarang nanti amcam mana kami na jaga anak-anak masa tua nanti. Memang lr ajal maut ditentukan oleh Yang Maha Esa tapi kita sebagai manusia biasa kena lr berusaha sedaya upaya, bertawakal then akhir sekali baru lr berdoa kepadaNya. :) Drai sekecil-kecil hingga lr benda yang paling besar kami akan jaga. Contohnya, apabila keluar makan berdua kami akan memesan air panas instead of cold drinks. Memang aku da biasakan pon minum air panas ne. Kalau kuar makan dengan kawan-kawan aku lr yang selalu kena ejek. Hahahha Dorang akan cakap aku orang tua sebab minum air panas ne. Aku ta kisah pon. Sebaba aku tw keburukannya lr aku tanak minum walaupon aku kena ejek macam tu sekali. Kawan-kawan rapat aku memang tw sangat dah perangai aku macam ne. Hhaahahah 

Aku ne adalah kaki shoping online yang tegar. Haahhaha. So, kalau aku ada nampak beg-beg yang cantik ke tapi mahal, aku akan tanya dia dulu. Maksudnya aku na suruh dia beli lr.. hahahhaha Penah satu hari tu kampus kami ada buat karnival konvokesyen, then ada macam-macam lr jualkan ada satu booth ne jual barang IKEA. Aku suka sangat barang-barang yang comel. Then, aku akan bagitau lr kat dia, nanti kita kawen aku nak beli barang kat Ikea, bla bla bla.. hahhaha Then, dia akan cakap bole sayang. Hahahha Aku sangatt sangatt sangattt suka kat dia. Sebab dia ne memang jenis melayan karenah dan kemahuan aku. Aku suka! hhahhaah

Selain tu, kami akan cerita pasal family kami. Dia penah ajak aku untuk ke rumah family dia. Tapi aku takut. Huhuhu Aku ta sedia lagi. Tapi aku akan selaulu tanya keadaan family dia. Kalau dia na pegi rumah family dia aku akan cakap kirim salam jeq. Hehehehe At least kan ada jgak khabar dari bakal menantu. :) 

Kami suka makan! Hahhahah kami pon suka crita pasal makanan. Lagi pon dia selalu makan kat luar kan jadi da cuba macam-macam kedai. Aku selalu cakap nanti kalau aku balik ruma cuti semester ke apa aku suruh dia bawak aku kat tempat-tempat yang dia pernah makan. Hhahahah pastu bila kami makan kami suka jadi pengomen yang ta berbayar. Hahhahaha

Selain tu aku cerita pasal movie yang aku tengok. Fyi, I just love movie damn much. Heheheh lagi-lagi cerita orang putih. Memang best lr layan. Pastu aku kasi cerita lr kat dia. Memang dia pendengar setia aku lr. Hahaha Kalau rasa-rasanya macam dia dah boring dengar cerita aku, aku akan tukar topik plak pasal diri dia, kerjaya dia. Tak kan lr aku na selfish ngan syok sendiri jeq kan cerita sal aku. Hahahah Masing-masing akan selalu bagi pendapat, give and take. I love that small conversation, It make oour love become more tough. :)

Kesimpulannyakan, banyak gila benda yang korang boleh cakapkan tu. Ini adalah serba sedikit jeq cerita pasal aku. Mana tw ada jugak newbies yang baru bercinta tak tau na cerita apa time OTP kan blog aku sedikit sebanyak boleh tolong korang! Hahhahaha Ok chow :)


Thanks for reading you guys :)





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...