Thursday, 4 September 2014

Happy Annivesary yang ke 2 tahun perkenalan kita, awak :')

As salam chuolls,

Alhamdulilah now dah officially 2 tahun perkenalan kami pada,

29 AUGUST 2014.


Tak sangka betul. Pejam celik pejam celik tak sangka dah 2 tahun dah berkenal. Semua perasaan ada bercampur baur. Terharu, happy gila, entah la sampai sekarang masih tak sangka lagi dah 2 tahun. Ingat dulu masa mula-mula hangat bercinta rasa susah sangat duduk jauh jauh (padahal tak jauh mana pon Sungai Buloh - Tanjung Malim).. Masa tu dia tak tau lagi jalan nak pergi sini ingatkan jauh sangat la rupa-rupanya naik kereta high speed 45 minit dah boleh sampai. Hahahahha Kalau kau merempit dalam 1 jam setengah la. Kebas jugak bontot do. Kalau kau naik train dalam 1 jam 15 minit. Naik lori lagi aku belum. Aku rasa naik lori high speed setengah jam je kot. Kot je la, tak pernah cuba lagi pon. Hikhikhikhik :3

Kami sambut biasa-biasa je tu pon 2 hari lepastu kami sambut sebab masa hari annivesary tu dia sibuk nak uruskan bisnes dia. Aku macam biasa la ikut dia buat keje dan jadi pekerja dia setengah hari tu urus apa yang patut. Dinner tu takde la romantic sangat tapi sweet la bagi aku. Aku makan sepotong kek (dia tak suka kek) dengan makan semangkuk Tom yam Kung. Tak sedap pon tom yam tu. Hampeh betul tapi tetap sweet jugak sebab dengan dia.



Harapan aku,

  1. Semoga apa yang kita hajatkan selama ne, awak dan saya tercapai.
  2. Semoga kita berdua panjang umur dan murah rezeki.
  3. Saya harap awak cinta terakhir saya.
  4. Cepat-cepat ye kumpul duit saya tunggu awak dan family awak meminang saya.
  5. Saya terima apa kurangnya awak. Saya harap awak pon boleh terima segala kekurangan dan kelebihan saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...