Wednesday, 10 September 2014

My weight depresses me.

As salam and evening lovely,



Hai you all. Korang apa khabar? Kat sini hujan tau. Sayup-sayup je bunyi azan asar. Mata pon nak layu dah ne. Nak cerita pasal BERAT BADAN T.T Bila je kita orang perempuan especially bukak cerita pasal berat badan mesti nak meroyan je rasanya. Rasa tak bersemangat kot. Sedih apa semua ada. Ne la orang perempuan. Bukan aku je kot yang rasa semua pon ada yang mengalami masalah yang sama.

Sebenarnya aku ne kalau tinggal kat rumah aku memang takde feeling pon dan tak rasa pon diri aku ne besar sebab family aku memang semua besar-besar pon. Jadi aku boleh dikategorikan sebagai yang kecik jugak la walau sebenarnya tak kecik pon! Hahahhahaha Tapi bila aku kena bandingkan dengan kawan-kawan seUni aku, mula la aku rasa rendah diri gila. Kadang-kadang aku selalu kena bahan jugak la. Kawan-kawan aku semua berat average bawah 50?! Hmmmmmm :(

Memang aku jadi tumpuan je la kalau berjalan dalam group tu. Lepastu kan aku sentiasa merasakan diri aku berkepala kecik due to bahu aku yang tegap dan badan yang berisi ne. Memang rendah diri sangat-sangat. Aku memang kurang berkeyakinan diri sikit bab penampilan ne. Kalau diorang datang tido rumah aku pon segan gila do aku nak offer baju tido aku. BESAR.... :'(

Korang ada tak yang berpengalaman macam aku? Macam mana korang nak tingkatkan keyakinan diri korang ek? Aku selalu mengidamkan nak pakai baju longgar-longgar tapi just nice kat badan. Hmmm. Aku ne sebenarnya bukan lah dari azali lagi gemuk. Aku start gemuk pon sejak pindah sekolah asrama. Mungkin sedap kot makanan makanan dia. Hehheheheh Last aku 50kg pon seingat aku time Form 4. Itu pon besar jugak kalangan kawan-kawan. 

Rindu jugak nak badan cekeding macam dulu. Tapi tanak la kurus sangat pon. Dapat kurung 5 atau 6 kg memang syukur Alhamdulilah. Hhehehehehe Hmmmm aku sentiasa mengidamkan makan tanpa effect berat badan aku. Kawan-kawan aku semuanya kurus dan kuat makan. Lagi la depres aku. 



Si gemuk pendek :P

Aku suka sangat pakai baju kebaya. Tapi memang tak confident je selalu. Fat ass aku menyerlah sangat T.T





Cun kan aku pakai jubah? Hehheehhehe In sya Allah aku nak ubah sikit sikit penampilan aku dengan jubah. Sejuk perut mak aku. Hehehhhehe

Daaa korang. Kalau ada apa sebarang bentuk cadangan komen je ye. In sya Allah aku akan balas. Muahhhhh3. As salam you all.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...