Sunday 14 September 2014

Taji Village Farm

As salam you all,



Petang ne mood tengah baik sangat tu yang nak menaip story nak kasi tau you all. Hehhehehe Tajuk hari ne pasal Taji Village Farm. Satu syarikat my Boo yang tubuhkan dengan akak dia. Tapi akak dia memang tak get involve pon dalam bisnes ne. My Boo yang uruskan sepenuh masa sekarang ne dengan sorang pekerja dia. Tempat ne terletak di Taman Desa Kundang, Rawang. Kadang-kadang time aku balik cuti, memang aku akan selalu ikut my boo pergi kerja uruskan apa-apa yang patut dekat sana. Masa aku kenal dia dulu, dia bukan la penternak moden sepenuh masa dia bukak workshop dan sampingan membela itik. Amaze jugak la masa first time datang sana. Memang banyak gila itik-itik. Comel je diorang jalan terkedek-kedek depan aku. Seingat aku masa penghujung tahun 2012, my boo pernah rugi sebab time tu musim hujan, tanah Taji Village Farm ne tambak atas kolam so, banyak jugak la biawak naik then bahan itik. Memang rugi gila. Kesian kot aku tengok dia. Nak buat macam mana kan dah takde rezeki. Apa yang ada my boo terus jual kat orang.




Then, dia naik balik tinggalkan workshop yang dia bina kat adik dia semata-mata nak jadi Penternak Moden sepenuh masa yang berjaya. Malam dia buat partime keje jual burger. Kesian aku tengok dia tapi dia kuat dan tabah je. Time tu decide nak bela ayam kampung plak. Masa mula-mula jalankan perniagaan ne dia still tak dapat bezakan mana satu ayam kampung ori dan yang kacuk. Bila dah lama-lama, Alhamdulilah, dia dah pandai cari market. Untung yang dia dapat dia rolling balik untuk menaik tarafkan Taji Village Farm. Aku sangat gembira bagi pihak dia. Sekarang ne bukan setakat ayam kampung je, dia bela brung baji, burung merpati, itik dan burung puyuh. Bela sebagai sampingan untuk menambah pendapatan yang mana ada.







Tapi pada hari tu, ada 15 ekor anjing liar masuk dalam reban ne. Habis semua ayam-ayam dia terkam. My rabbit kesayangan pon habis semua. Kalau dia makan takpe ne dia gigit je bunuh macam tu je. Betapa Allah bagi ujian kat kita nak bagi kita sentiasa mengingati Dia. My boo redha je la then bangkit balik. Sekarang nak tumpukan perhatian kat burung puyuh plak. Dia nak buat burung puyuh proses. Setakat ne dah ada 2 customer dah. 1 dari tempat Frozen, 1 lagi kat kedai BBQ. In sya Allah sikit-sikit lama lama jadi bukit kan.


Mana tau kan kalau korang tinggal area Selangor, memerlukan kuantiti ayam kampung yang banyak nak buat kenduri ke you all boleh cari I okay atay pon my Boo. In sya Allah kami boleh COD ayam kampung yang dah siap proses. Ataupon burung puyuh proses ke. In sya Allah ye.




Sebarang pertanyaan korang boleh la direct kol/wassap Encik Atta ne ye.
0166217731




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...