Wednesday 3 September 2014

How we met..

Hello peeps,

Yes indeed right? You've never known what your destiny. Death, love and your sustenance. DEATH, Hari ne kita kenal dia, esok lusa tiba-tiba kita dapat khabar dia dah meninggal. LOVE, kadang-kadang dah bertahun-tahun berkenalan sampai masa hari perkahwinan tiba-tiba menghilangkan diri. Then, berkenalan tak sampai 3 bulan akhirnya ke jinjang pelamin dan kekal bahagia ke anak cucu. SUSTENANCE, hari ne kita rasa kita dicurahkan dengan duit berkepuk-kepuk dalam poket tapi kita lupa sebenarnya tu rezeki untuk orang. Apa yang kita dermakan tu lah yang sebenarnya bahagian kita. 


Masa aku masih hingusan dulu aku selalu mendambakan seorang lelaki yang kurus, muda dan hensem bergaya. Hensem tu tak kisahlah aku tak pandang pon. Lepastu, kalau boleh aku nak berkahwin pada usia yang lewat dalam area 30-an macam tu. Aku pon tak tau la kenapa aku fikir macam tu. Biasa la masih hingusan tinggi menggunung lagi cita-cita.

Masa dulu lepas aku habis sekolah asrama kat Labuan, aku direct balik Selangor tempat akak sepupu aku. Jadi aku mula belajar berdikari cari duit sendiri kerja part time ikut akak sepupu aku tu. Tapi bosan jugak la nak tunggu ada job baru kena panggil. Lepastu, kawan akak sepupu aku ajak aku kerja kilang tilam kat area belakang rumah aku. Walau tak semasyukk mana tapi at least hari-hari takde la kau melenggang sangat dah ada kerja tetap. Lama-lama aku bosan kerja kilang tu sebab muka aku teruk gila berjerawat. Maklum la kerja kilang kan. Dah la panas lepastu kotor. Sampai akak sepupu aku sendiri takut tengok muka aku. Lepastu supervisor aku cakap lepas 3 bulan aku boleh naik gaji tapi sampai la 6 bulan aku kerja sama je gaji aku dengan orang yang takde IC. Malu beb, bangla pon lagi tinggi gaji dari aku. Memang cilanat betul rasanya. Aku tau la time tu aku masih budak-budak tak dapat berfikir apa benda sebenarnya.

Last, aku dapat offer dari akak aku ada kawan abang ipar aku bini dia nak guna pekerja jahit baju contract. (Korang faham-faham je la okay ayat aku). Aku pon setelah didesak beberapa kali aku pon tabah jugak la nak tinggalkan member-member aku yang nepal kat kilang tu pergi cari kerja baru kat Subang Tambahan. Masa tu aku baru beli motor beb, Legend ZR warna biru metallic. Makin panjang la kan langkah aku. 

Nasib la aku ne jenis yang senang gila adapt dengan tempat baru dan kawan baru. Aku ingat lagi port kedai yang aku kerja tu kat atas tingkat 1 ngam-ngam kat bawah lot kedai tu ada 2 workshop. Banyak laki siotttt.. Time tu memang segan gila. Dah la aku ne cenonet je, bawak plak motor tinggi. Jadi kalau aku keluar makan dengan member baru aku tu, memang aku jadi tumpuan mamat-mamat tu la. Ececeh. Hahhahahah *Tutup muka

Nak dijadikan cerita ada satu mamat ne namanya Sofi dia usha-usha aku mintak no fon lepastu dapat. Aku bosan kan layan je la. Dah lama-lama kenal aku tau dia ada awek tapi awek dia tak tinggal sini so aku teruskan je la berkawan. Bukannya kami ada apa-apa pon kawan je. Dah lama-lama kedai yang aku buat contaract tu pon nak tutup dah sebab dah takde barang so aku pon tak kerja la kat situ lagi. Nak dijadikan cerita, satu hari ne aku dapat mesej dari seseorang. Mamat poyo. Hahhahaha Nak tau siapa bos si Sofi. Abang tu aku kenal tapi aku tak berapa nak gemar sebab dia pernah tanya aku pasal ayah aku. Soalan sensitive tu beb. Aku malas la nak jawab soalan-soalan cepuemas bagai. Aku layan kan je la aku pon tak contact sangat lagi dengan Sofi tu sebab dia dah nak kahwin dengan awek dia tu. 

Makin lama aku rasa lain macam siot. Mula-mula hubungan kami sekadar adik angkat je tapi dah terangkat jadi awek plak dah. Apa maciam. Terima je la. Mula-mula aku cuba deny kan perasaan aku ne. Tapi makin lama makin rapat aku rasa. aku macam tertunggu-tunggu mesej dia plak dah. Rindu ke apa entah la. Caring habis jai. Lepastu aku pindah Pahang jap ikut Along aku niaga lepastu balik aku smabung lagi masuk Universiti. Aku ingat makin jauh tapi makin rapat plak jadinya. Alhamdulilah sekarang tup-tup dah 2 tahun plak dah. 

Dia bukan la Prince Charming yang aku idam-idamkan masa zaman hingusan dulu. Kurus dan muda. Tapi sebalik dari tu. Tak gemuk tapi berisi, besar dan tua. Hahhahhaha Tapi aku suka dia. Aku sayang kat dia. Dia jenis yang caring, kuat berusaha, tabah, tak pernah mengalah, kuat cemburu, kata-kata dia nasihat dia semua aku cerna dalam otak. Penyayang dan sentiasa memenuhi kehendak aku walau bukan waktu tu jugak aku dapat. 

Boleh dikatakan dia my serious first Love and I hope He will be the last. Macam panjang plak kan aku membebel ne. Nanti aku update lagi okay kalau bosan. Pardon me with my sentences. Aku budak kampung ayat power la sikit. Hahahhahahha Okay bye chuolls. Muahhhh-muahhhh. 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...