Sunday, 14 September 2014

LIEBSTER AWARD

As salam jemah sekalian,





Terima kasih banyak-banyak aku nak ucapkan kat Ismahasmi sebab sudi nominated Liebster Award ne. Hehehhehe Aku pon tengah baik mood ne nak karang blog. Kahkah


Antara syarat yang korang kena patuh masa buat post Liebster Award ne adalah :
  1. Mention siapakah gerangan jemah yang dah nominated korang tu dengan blog link dia sekali okay.
  2. Jangan lupa jawab kesemua 11 soalan yang diberi.
  3. Dah korang terkena, kenakan la orang balik. Kuikuikuikui
  4. Jangan lupa plak bagitau kat orang yang korang dah nominated tu supaya korang tak syok sendiri plak.
  5. Bagi aku, it's okay pon kalau korang tanak buat. Ne saja-saja je bagi merapatkan lagi ukhuwah kan. :)
Orang-orang yang bertuah untuk aku nominated Liebster Award ialah :
Soalan yang aku nak tanya korang ne ialah :
  1. Apa gol hidup you pada 6 tahun akan datang?
  2. You lebih prefer kerja makan gaji ke kerja sendiri?
  3. You suka buat bisnes tak dan ada bisnes sendiri tak sekarang? Bisnes apa yang korang jalankan tu?
  4. Dari tahun berapa lagi you blogging dan siapa yang inspired you?
  5. Apa cita-cita you?
  6. Prefer study or work?
  7. Senaraikan 5 wishlist you dalam hidup?
  8. Kalau ada duit 1 juta apa you nak buat?
  9. Binatang yang you paling suka?
  10. Prefer hidup dalam suasana bandar atau suasana kampung?
  11. You pernah tak mengalami kenangan pahit sampai you trauma?

Okay sekarang tiba masa aku plak menjawab soalan cepu emas yang aku kena tanya. Antara soalan-soalan cepu emas yang aku kena tanya ialah :

1. Apa yang terjadi pada diri korang dalam dunia ni?
Kalau aku nak ceritakan kat korang satu-satu tak dapat aku takut korang plak yang sedih dengar cerita aku. Banyak pahit dari manis tapi aku tetap berdiri teguh walau kadang-kadang tersungkur dengan apa yang aku dah lalui sekarang ne. No one know mu full story about my real life even family dan kawan-kawan rapat aku.

2. Yang mana korang lebih suka? Kurang kerja untuk dilakukan atau kerja banyak tapi anda memang minat kerja tu?
Aku lebih prefer kerja banyak tapi aku minat gila apa yang aku buat tu. 

3. Ada tak benda yang pernah membuatkan korang sedih satu ketika dulu yang mengganggu kehidupan korang sekarang? Ada perubahan?
Banyak. Sampai sekarang takde perubahan kot. Kalau aku ingat aku still rasa sedih dan sakit hati yang teramat sangat. Aku sabar je la.

4. Adakah korang ni jenis kawan yang sama dengan korang harapkan daripada orang lain jugak?
In sya Allah kot. Aku sentiasa jaga hati kawan aku kecuali betul-betul aku sakit hati.

5. Apa yang korang betul-betul komited?
Jadi girlfriend. Kahkahkahkah

6. Apa 1 perkara yang korang akan cakap kalau diberi peluang untuk menukar dunia ni?
Entah la. Aku pon tak terfikir nak tukar dunia ne jadi apa.

7. Apa yang korang paling berterima kasih sangat?
Aku sangat-sangat berterima kasih pada orang yang dah tolong aku dari dulu sampai sekarang tak kisahlah dari apa-apa segi sekalipon. Aku sangat ingat dengan orang yang dah berbakti kat aku walaupon sikit.

8. Korang larikan diri dari apa?
Dari ayah aku. Kalau boleh aku tanak jumpa dia pon langsung sebab kalau aku jumpa dia aku tak tau apa reaction aku nanti.

9. Jenis orang yang macam mana yang akan korang pilih sebagai teman hidup?
Of course la family looking guy, yang take care aku dan menyayangi dan terima apa adanya aku.

10. Korang nak diingati sebagai apa?
Aku nak dikenali sebagai seorang yang penyayang dan banyak berjasa dengan keluarga dan kepada kawan-kawan.

11. Kehidupan yang macam mana yang boleh membuatkan korang rasa cemburu?
Sebenarnya aku cemburu dengan orang yang dah mendirikan rumah tangga ne. Acane tu weyh?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...