Sunday 7 September 2014

Mangsa Buli

As salam and hello kawan-kawan,



Korang pernah tak sepanjang hidup korang kena buli? Definisi Buli tu bermaksud menindas orang yang lemah tak kira la dari segi fizikal dan mental. Kesannya sangat mendalam dalam diri seseorang tu. Jangan tak sangka buli tu boleh mengakibatkan seseorang bunuh diri paling teruk tau. So jangan la sesekali tunjuk kuasa kepada yang lemah ne. So dinasihatkan Ibu Bapa memantau dan prihatin terhadap anak-anak yang membuli dan jadi mangsa buli. Bukan apa aku sendiri pon pernah dibuli suatu ketika dahulu. Aku bercakap berdasarkan pengalaman yang aku lalui sendiri.



Kebiasaanyanya bagi yang lelaki akan dibuli secara fizikal seperti dibelasah secara beramai-ramai manakala yang perempuan plak standard la kan mereka akan membuli secara mental seperti memulau secara beramai-ramai. Tapi jangan plak terkejut zaman sekarang ne perempuan tak macam dulu lagi dah. Budak budak perempuan pon dah pandai belasah sesama dorang. Setakat ne bergaduh pasal lelaki dan tidak puas hati antara mereka.


Okay bercakap tentang pengalaman plak semasa saya sekolah rendah darjah 4 dulu saya telah berpindah dari bandar ke kawasan perkampungan. Iyalah bukan nak cakap besar ke apa tapi belajar di bandar fikiran lebih terbuka walaupon saya bukan top student dulu masa sekolah di bandar tapi bila masuk kampung saya jadi top student di sana. Tak sangka plak kawan-kawan sekolah yang lain iri hati masa tu sebab kebanyakkan guru sekolah saya ketika itu suka memuji saya di depan kawan-kawan yang lain. Bukan apa sebenarnya tujuan cikgu saya hanya la untuk memberi inspirasi kepada pelajar lain agar mencontohi saya ketika itu tapi disalah ertikan. 

Saya ingat lagi masa dulu kami adik beradik selalu membawa bekal ke sekolah emak kami yang masakkan. Selalu bekal memang saya letakkan bawah meja mengelakkan terjatuh dalam beg. Salah seorang kawan saya pernah masukkan kapur dalam bekalan makanan saya. Sedihnya waktu memang tak dapat nak dinafikan la. Dah lah lapar waktu rehat semua orang makan, saya je duduk dalam kelas menangis teresak-esak sebab tak dapat makan. Saya selalu dipulaukan sebab saya selalu kena puji dalam kelas. Tapi saya tabah tak pernah pon nak mengadu dengan emak bapak masa tu. Sabar je lah.

Lepastu masa naik sekolah menengah pon pindah tempat baru masa hujung Form 1. Memang tak pernah kena buli fizikal pon tapi mental tu yang sakit. Biasa la saya ne budak bandar dan adik beradik semua lelaki jadi saya lebih rapat la dengan lelaki berbanding perempuan. Memang saya senang berkawan dengan lelaki. Saya teringat lagi masa saya tengah SPM masa tu. Kawan-kawan saya memulaukan saya ketika itu. Saya ingat la paling ketara kena pulaukan masa PAPER BI SPM. Sedihnya lahai waktu tu. BI SPM saya dapat B kot. Sedih bukan apa saya takut cikgu BI yang paling saya sayangi waktu tu kecewa bila dapat tau keputusan paper BI saya. Apa yang diorang buat lepas habis belajar pon saya jugak buruknya. Saya tak pernah pon bocorkan rahsia kawan saya pada waktu tu tapi tak sangka dia pon pulaukan saya. 

Tapi takpe kawan-kawanku, aku maafkan korang dah lama dah. Tapi memang aku tak dapat nak lupakan apa yang aku lalui dulu dengan korang. Itu pengalaman pahit aku. Aku harap korang tak buat kat orang lain lagi pada masa akan datang. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...